Champions League Quarter Final Preview

Filed under: Liga Juara-Juara by: KakiBangku

Hari ini bermulalah tirai pertarungan hebat antara 8 kelab terbesar Eropah untuk pertandingan paling berprestij dalam sejarah bola sepak, Champions League. Dengan 4 kelab dari English Premier League beradu nasib untuk mendapatkan kelebihan pada suku akhir yang pertama, mampukah untuk buat pertama kalinya 2 kelab England merealisasikan impian untuk bertarung di “final” kelak? Jom kita ikuti preview dan prediction untuk kali ini:-

1. Schalke 04(German) vs Barcelona(Spain)

Atas kertas Barcelona nampak akan menang mudah terhadap pasukan dari Germany ini. Mungkin itu juga anggapan pasukan Porto yang tewas kepada Schalke 04 di pusingan kedua sebelum ini. Dalam pusingan kalah mati ini nama besar tidak akan menjamin kemenangan buat mana-mana kelab. Malah Barcelona sebenarnya sedikit tertekan untuk mendapatkan kemenangan apabila Lionel Messi tidak dapat beraksi.

Tambahan pula tekanan kepada pemain kerana Champions League merupakan satu-satunya peluang untuk menjulang piala buat Barcelona apabila kini ketinggalan 6 mata di belakang Real Madrid dalam Liga Sepanyol. Sekiranya Schalke 04 dapat mengekang barisan serangan Barcelona dari menjaringkan sebarang gol di sini, berkemungkinan besar satu kejutan besar bakal berlaku.

Prediction Penulis: Schalke 04(1) vs Barcelona(3) – Samuel Eto’ terlalu hebat untuk dihalang oleh benteng pertahanan Schalke 04.

2. AS Roma (Itali) vs Manchester United(England)

Pertembungan kali kedua berturut-turut dalam tempoh satu tahun buat kedua-dua pasukan ini. Motivasi pemain-pemain AS Roma pastinya cukup tinggi untuk membalas dendam penghinaan dibelasah di Old Trafford tahun lepas. Sayangnya kelibat ketua pasukan Roma, Totti tidak akan dapat beraksi di Stadium Olimpico akibat kecederaan di saat-saat akhir. Manakala pasukan Manchester United kesemuanya cergas 100% kecuali Nani yang masih dihimpit kecederaan.

Pertemuan tahun lepas menyaksikan keganasan berlaku di Rome akibat tingkah laku penyokong-penyokong AS Roma. Saya yakin benar yang perkara sama akan berulang dan menghantui peminat-peminat Manchester United yang terbang ke Rome untuk bersorak. Harap-harap sebarang kematian atau kecederaan yang teruk dapat dielakkan kali ini.

Prediction Penulis:- AS Roma(1) vs Manchester United(1)

3. Arsenal (England) vs Liverpool (England)

Kebangkitan Arsenal untuk menang 3-2 dengan 10 orang ke atas Bolton minggu lepas memang mengkagumkan. Persoalannya mampukah mereka mengekang Liverpool yang sememangnya dikenali sebagai pasukan yang hebat dalam Champions League. Malah sebelum ‘draw quarter final’ ini dibuat, hampir kesemua pasukan lain menyatakan mereka mahu mengelak dari bertembung dengan Liverpool kerana kehebatan Liverpool dalam piala ini.

Nampaknya pertembungan dua gergasi Liga Inggeris ini bakal menyaksikan siapakah yang mampu memegang barisan tengah perlawanan. Pertembungan Cesc Fabregas dan Steven Gerrard memang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak dunia. Kolo Toure sudah tentu mempunyai misi khas untuk menyekat penyerang berbisa Liverpool, Fernando Torres yang kini sedang ‘on form’.

Prediction Penulis: Arsenal(0) vs Liverpool(1)

4. Fenerbahce (Turki) vs Chelsea (England)

Diejek oleh penyokong mereka sendiri dalam perlawanan English Premier League minggu lepas, mutu permainan Chelsea harus dipertingkatkan sekiranya mereka mahu layak ke separuh akhir Champions League. Istanbul memang dikenali sebagai ’stadium neraka’ untuk pasukan-pasukan yang bertandang ke sana. Sekiranya Chelsea dapat menghadkan jumlah jaringan Fenerbahce, kemungkinan besar mereka tiada masalah untuk menundukkan pasukan dari Turki ini di Stamford Bridge kelak.

Prediction Penulis: Fenerbahce(1) vs Chelsea (1)

Apa pula prediction dan tanggapan anda tentang suku akhir Champions League kali ini? Jom kongsi pendapat dengan BorakBola.Net – Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda.

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)
Champions League Quarter Final Preview10.0101

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tags: , ,

11 Responses to “Champions League Quarter Final Preview”

  1. sir alex Says:

    aku predict MU menang 2-1 keatas Roma

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  2. kooreen79 Says:

    gua plaks..man u 2- roma 0..takde hadiah ke boss sapa2 teka betul.. :grin:

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  3. aran Says:

    1st leg –
    Roma (2) v Man U (1)
    Schalke (2) v Barca (2)
    Arsenal (1) v Liv (1)
    Fener (1) v Chelsea (2)

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  4. kooreen79 Says:

    boleh promote ke sini..sila ke website gua..gua baru je ltk gmbr aksi2 gua semasa game2 yg lalu :mrgreen: di galeri gambarku..malu la pulak..hehehe..sori aaa tuan rumah..Real M tak masuk thn ni..agak menyedihkan..

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  5. borakmanutd.com Says:

    aku predict man utd menang besor la….

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  6. kooreen79 Says:

    tepat sekali tekaan gua..man u 2 roma 0..walaupun tak mnt man u, namun kugagahi jua pg tadi demi melihat sebijik bola

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  7. chanpang Says:

    hebat la ko bro kooreen..dpt predict dgn btol and tepat!!!hehe…pasni predictkan sekali 2nd leg nya result!!!arap2 mulut emas anda dpt membantu man utd menang besar! :p

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  8. Ecko Says:

    Hasilnya sudah terjalani. Jagoan saya, Liverpool, meraih hasil bagus di kandang lawan meskipun hanya seri. Sementara Fenerbahce (ingat jaman Turki Utsmani) mengalahkan jagoan dari Inggris. Hebat!!!

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  9. dk Says:

    bro… link kat koleksi artikel tu…
    bulan april bila click dia x go…
    awat???
    bulan lain go je…
    ke kom aku je cmni?

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  10. kudin Says:

    wei liverpool kaloh semi

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  11. FansRock Says:

    Hi guys..nice website ;)

    Kepada semua peminat bola, sertai forum Penyokong bolasepak !! Join the hype and rock with the Fans.

    http://www.FansRock.us

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply