
Arsenal garang, Liverpool malang. Itulah drama dalam Champions League untuk minggu ini. Malang makin bertimpa-timpa buat skuad Liverpool dan tekanan kepada si Rafa. Arsenal menang 4-1 manakala Liverpool seri 1-1 denga Lyon.Selalu nya Liverpool kuat apabila mendapat tekanan. Mungkinkah ‘kebangkitan Istanbul’ akan terjadi semula?
Jangan pandang remeh kepada semangat juang Liverpool dalam CL. Itulah yang sering diperkatakan. Mungkinkah Liverpool akan bangkit apabila mendapat kembali khidmat si penaik semangat dan kapten kesayangan, Gerrard dan ‘Little Prince’ Aquilani?Tetapi kali ini agak sukar bagi Liverpool untuk layak. Tetapi semalam semangat juang Liverpool tidak bertahan sampai ke penghujung perlawanan apabila Lyon score gol penyamaan pada minit ke-90. Gol Liverpool disumbat oleh Babel. Liverpool hanya mampu seri 1-1.
| Clubs | Pld | W | D | L | GF | GA | Pts |
| Olympique Lyonnais | 4 | 3 | 1 | 0 | 8 | 2 | 10 |
| ACF Fiorentina | 4 | 3 | 0 | 1 | 11 | 6 | 9 |
| Liverpool FC | 4 | 1 | 1 | 2 | 3 | 5 | 4 |
| Debreceni VSC | 4 | 0 | 0 | 4 | 5 | 14 | 0 |
Jika dilihat dari kedudukan di atas, secara matematiknya Liverpool mampu lagi layak. Tetapi kali ini, peluang untuk layak amat sukar sekali. Lyon sudah pasti layak kerana match Lyon selepas ini adalah menentang Fiorentina dan Debrecen. Jika Lyon seri sahaja sudah memadai. Maka perebutan adalah di antara Liverpool dan Fiorentina. Fiorentina memerlukan satu kemenangan sahaja lagi untuk layak manakala Liverpool perlu menang kedua-dua match dengan jaringan yang besar. Jika Fiorentina seri lawan Liverpool atau Lyon, dan Liverpool menang kedua-dua match, mereka akan mengutip mata yang sama iaitu 10. Mana disini kelebihan gol menjadi pertaruhan.Memang menarik. Bagi peminat-peminat Liverpool pasti mereka mengharapkan ‘kebangkitan Istanbul’ berulang kembali dan bagi mereka yang tidak menyokong Liverpool pasti akan gembira dengan situasi ini.
Manakala lain pula situasi dengan Arsenal. Arsenal kini menghumbankan dan menempatkan diri mereka bersama-sama dengan Man Utd, Chelsea, Porto,Lyon dan Sevilla untuk layak ke pusingan seterusnya. Kali ini AZ Alkmaar menjadi mangsa amukkan Gunners. Arsenal membelasah Alkmaar dengan 4-1. Gol-gol dijaringkan oleh Fab(2 gol), Nasri dan Diaby. Jadi sekarang ini Arsenal mengharungi 12 games tanpa kalah dan kini menerajui Group H denga 10 mata. Tahniah kepada Arsenal. Skuad muda Arsenal sekarang sudah semakin matang. Diharapkan prestasi mereka tidak jatuh selepas ini.
Satu lagi group yang hangat,tidak lain dan tidak bukan, group F yang dimana persaingan 4 penjuru antara Inter,Barcelona,Rubin dan Dynamo. Mari kita lihat kedudukan group F nie. Memang sumer rapat-rapat.
| Clubs | Pld | W | D | L | GF | GA | Pts |
| Inter Milan | 4 | 1 | 3 | 0 | 5 | 4 | 6 |
| Barcelona | 4 | 1 | 2 | 1 | 4 | 5 | 5 |
| Rubin Kazan | 4 | 1 | 2 | 1 | 3 | 2 | 5 |
| Dynamo Kiev | 4 | 1 | 1 | 2 | 6 | 7 | 4 |
Kalau ikut logik nya semua team mampu merebut 2 tempat teratas. Tetapi Barcelona dan Inter tetap menjadi pilihan untuk layak. Perlu diingati ini adalah Champions League. Apa-apa pun boleh terjadi. Pasukan gergasi tidak boleh memandang enteng cabaran pasukan-pasukan bukan pilihan,lagi-lagi pasukan Rubin. Pagi tadi Barcelona hanya mampu seri 0-0 dengan Rubin. Memang coach Rubin kasik tahu awal-awal yang team diorang mengamalkan strategi bertahan mati-matian dan melakukan counter-attack. Ini dapat dilihat dalam perlawanan di Nou Camp dan di tempat sendiri Rubin Kazan. Diorang melakukan counter attack sahaja. Dynamo Kiev juga ada peluang untuk layak. Inter Milan pula melonjak ke tangga teratas apabila mengalahkan Dynamo dengan 2-1. Gol di jaringkan oleh Schevchenko untuk Dynamo dan Milito dan Sneijder untuk Inter. Gol-gol Inter pun last minute jugak. Sekarang ni semua trend gol last minute.Hehe.
Keputusan lain:
Fiorentina (Mutu,Dainelli,Montolivo,Marchionni,Gilardino) 5 – 2 Debrecen (Rudolf,Coulibaly)
Sevilla (Navas) 1 – 1 Stuttgart (Kuzmanovic)
Unirea (Onofras) 1 – 1 Rangers (McCulloch)
Standar Liege (Mbokani,Jovanovic) 2- 0 Olympiakos
p/s: link highlight dan gol akan di letakkan apabila kami pulang ke markas ![]()

November 5th, 2009 at 1:13 pm
assalamualaikum
Macam mana kawan2 tgk bola x smlm,mcm mna nasib pasukan anda menang atau kalah.Rugilah letih2 dok jaga waktu pagi tapi pasukan anda kalah.Nasib la kan kalah menang adat permainan.
Kepada penyokong Liverpool pasti berasa sedih dan bimbang kerana mereka terus dirundung malang yang berterusan sebelum ini kalah dalam EPL,kali seri pula dgn Lyon.Penyokong liverpool peluang pasukan anda untuk ke suku akhir bagai telur di hujung tanduk.
Kepada Arsenal tahniah saya ucapkan kerana berjaya menumpaskan lawan dari Belanda Az Akmaar 4-1.Arsenal walaupun mempunyai ramai pemain muda menunujukkan semangat tinggi untuk menundukkan pasukan lawan.
Kepada Barcalona pula teruskan usaha anda mempamerkan prestasi yang buruk apabila bertemu dengan Inter Milan.Bermainlah seperti semalam ketika bertemu wakil Russia,Rubin Kazan.Tahniah kepada wakil Russia Rubin Kazan yang menununjukkan prestasi yang bermutu walaupun bertemu juara bertahan di eropah.Mereka mempunyai banyak peluang keemasan untuk menjaringkan gol tapi nasib tidak menyebelahi mereka.Jika Rubin Kazan terus menunjukkan prestasi yang terbaik berterusan nescaya mereka dapat menewaskan pasukan2 terkuat dalam kumpulan F dan boleh layak ke suku akhir.
Akhir kalam,saya berharap smua penyokong2 pasukan liga juara2 eropah bertenang di atas kekealahan pasukan masing2 semalam….jika komen saya mengguris hati dan perasaan kamu semua saya mohon maaf.Sebarang maklum balas dari tuan2 dan puan2 saya alu-alukan dengan hati terbuka dan saya boleh menerima segala komen daripada anda semua sekian……
November 5th, 2009 at 1:36 pm
@Kodri – saya tak sempat nk tengok sampai habis match Kazan lawan Barcelona. Sampai minit ke-41 je, saya terlelap. Tak mampu untuk tengok sebab agak kepenatan minggu nie dengan kerja yang agak bertimbun-timbun. Teringat zama student, leh berjaga tengok bola tapi kelas still pergi lagi. Memang Rubin bermain cemerlang. Pemain Arsenal semakin matang. Liverpool dirundum malang. Lagipun pasukan Rubin ini baru meningkat naik .Diorang dinobatkan sebagai juara Liga Russian season lepas. Mesti ramai yang tidak pernah dengar nama Rubin Kazan kan?(aku pun sama juga..awal2 dulu terkedu la jgk..celah mana kelab Kazan nie.hehe). Prestasi Liverpool memang terumbang-ambing ketika nie.
November 5th, 2009 at 2:31 pm
Teman berharap skuad muda Arsenal layak ke final CL.
Begitu juga Liverpool…moga layak ke peringkat kalah mati…kebangkitan liverpol di tunggu2!
Semoga Rubun Kazan layak….kasi malu sama Barca atau Inter
November 5th, 2009 at 3:25 pm
more hightlight singgah la di sini http://mirocornerz.blogspot.com/2009/11/ucl-hightlight-4-11-09.html
game2 semalam memang sumanya terbaik sekali..dgn gol2 yg mantop beb…
November 5th, 2009 at 3:28 pm
skuad arsenal mmng boleh pegi jauh dlm UCL ni, 2 season lalu smpai Q final, season lepas S final, harap2 season ni final dan menang la huhu..bg Liv. lak aku rase Benitez akan dpecat kalo next game EPL lwn Birmingham seri atau kalah…
November 5th, 2009 at 3:34 pm
walaupun aku dak MU, aku suka stail Arsenal main…
Liverpool? team ni aku tak suka sejak benitez jadi manager…
sorry dak liverpool. haha
November 5th, 2009 at 5:31 pm
Tapi tanpa Liverpool, ilang juga seri Champion League .. Macam World Cup tanpa England.. Walaupun , teman bukan peminat bagi kedua2 tersebut …
November 5th, 2009 at 6:44 pm
mcm knl je yop the gunners tu hehe..ttg liverpool aku pun xtau nk ckp apa dah..ngan kbnyakan pmain utama di landa kecederaan mmg malang skali buat liv musim ini..hanya keajaiban yg blaku jika mrka nk layak lbih jauh dlm saingan cl ni…belilah pmain baru msim januari dpn jgn tlalu bgantung harap pada torres n gerrard je..gua lebih suka jika torres ada pasangan penggempur mcm di chelsea anelka ngan drogba..
November 6th, 2009 at 3:53 pm
Memang Arsenal main dengan baik cuma bahagian pertahanan masih longgar dan keadaan kebolosan gol tersebut adalah berbahaya. Keeper Arsenal belom cukup mantap macam keeper dulu2, Jens Lehman dan David Seaman..
Kesian kat Liverpool yang merudum sejak ketiadaan Xabi Alonso.. Man Utd pulak masih dibantu dengan nasib baik.. kerap menjaringkan gol pada minit2 akhir..
November 7th, 2009 at 10:58 pm
tman arap2 la….
liverpool dpt megulangi pencapaian 2005…
tp sume bergntung pd match kt fiorentina t…
klo team ni mng bngkus la liverpool..
p klo team ni klh liverpool xkn lpaskn pluang nie g…
n xkn toleh ke belakng smpai mng cl…
kte sme2 la lihat t…
never walk alone k…
November 13th, 2009 at 7:02 pm
kslpn benitez mngatur tktikal…..
November 16th, 2009 at 11:39 am
liverpool pasti layak…game pasni aku rasa lyon akan kalahkan fiorentina seterusnya bagi liverpool peluang untuk bangkit…kpd mereka yang x sukakan liverpool harap korang dpt tenangkan diri bila tgk liverpool layak nanti yek…
November 20th, 2009 at 11:58 am
Kepada Awie….moga ‘tragedi CL’ nanti memberi ketenangan kepada mike bukan sebaliknya…
Teman…..tunggu & coye..jangan mare
Warning: parse_url(http://) [function.parse-url]: Unable to parse url in /web/home/nazu23/html/wp-content/plugins/mbla/mbla.php on line 690
ifwat Says:
November 27th, 2009 at 10:36 am
minta2 liverpool layak………amin