Bila disebut nama Martin Laursen, pasti ramai yang tidak mengenalinya. Pasti ramai juga tidak tahu bahawa bintang Denmark ini pernah menyarung jersi merah hitam AC Milan dan memenangi segala Piala yang ditawarkan Serie A Itali. Setelah memenangi Liga Juara-Juara dan scudetto pada 2003 dan 2004, Laursen berpindah ke Aston Villa dengan yuran perpindahan ₤3.0 juta. Laursen menyatakan yang sebab perpindahannya adalah atas sebab mahu mencuba cabaran baru.
Laursen kekal setia dengan Rossoneri walaupun hanya dilabel sebagai pemain picisan di AC Milan. Tetapi hidupnya sebagai pemain di Aston Villa kerap mengundang kritikan daripada pemerhati bola sepak. Kecederaan demi kecederaan yang dialami pemain ini kerap mengecewakan pengurus dan peminat-peminat Aston VIlla.
Walaupun begitu, kualiti Laursen memang tidak boleh dinafikan. Mengikut statistik, Aston Villa memiliki rekod tanpa kalah dengan Laursen mengemudi bahagian pertahanan. Rekod ini kekal sehingga awal musim 2007/2008 apabila Laursen menjaringkan gol sendiri ketika bertemu Liverpool. Kesilapan tersebut meleburkan rekod tanpa kalah Laursen, tetapi beliau pantas membalas sokongan peminat dengan aksi-aksi yang memberangsangkan sepanjang September dan Oktober, termasuk menjaringkan 3 gol penting untuk Aston Villa.
Tatkala pemenang Piala Eropah yang lain seperti Liverpool dan Manchester United kekal menguasai Liga Perdana, prestasi Aston Villa tenggelam timbul bagai sabut kelapa di tengah parit. Piala terakhir yang dimenangi The Lions ialah Piala Liga pada tahun 1996. 10 tahun berlalu, sudah sampai masanya untuk Aston Villa bangkit menjulang sebentuk piala. Tanpa Laursen, hampir pasti mimpi ini tidak berkewujudan.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
Tags: aston villa, martin laursen

November 7th, 2007 at 1:41 am
nk cube cabaran br? cabaran camne tuh? leh cite sket
November 7th, 2007 at 11:35 am
ayat manis je tu. sebenarnya dia palat sebab tak dpt jadi regular kat milan. lebih kurang sama macam ayat Edu masa dia nak blah dari Arsenal la
November 7th, 2007 at 9:49 pm
biasalah kalau satu player transfer ke tempat lain.dia mesti ckap nak cabaran baru.cam dah ada dalam skrip jer..hehe
November 14th, 2007 at 5:05 pm
uih kt yahoo fantasy football pun laursen top. nasib baik dlm team aku hahaha
December 27th, 2007 at 10:34 am
Grazie Laursen! Sebagai penyokong setia Rossoneri aku tetap tabik dgn Laursen walaupun hanya buat 10 appearences. Liga Serie A adalah yg paling mencabar di dunia.. sebab tu dia x boleh dapat 1st team.. kalau kat EPL asek dok injured pun still boleh sign contract baru..