Rafa Benitez Dipecat!!!

Tags: , , ,

Jangan terkejut jika pembaca akan melihat tajuk di atas memenuhi dunia bola sepak tidak lama lagi. Masa untuk Rafa Benitez untuk terus berkhidmat di Liverpool nampaknya sudah semakin singkat akibat keterbukaan Benitez mengutuk pemilik Liverpool iaitu Tom Hicks dan George Gillets. Semuanya bermula apabila Benitez menyatakan yang Tom dan George tidak memahami bagaimana sistem pemindahan pemain di bulan Januari ini berfungsi. Benitez secara terang-terangan melahirkan kekecewaannya terhadap reaksi lambat pemilik Liverpool ini apabila diajak berbincang mengenai 'potential transfer target' untuk memantapkan lagi pasukan Liverpool. Benitez yang mengharapkan sokongan padu terutamanya dari segi kewangan daripada Tom dan George dikecewakan apabila kenyataan balas daripada kedua-dua mereka ini seolah-olah menyuruh Benitez menumpukan perhatian kepada perlawanan seterusnya dengan skuad Liverpool yang sedia ada. Malah Tom dan George menyatakan yang mereka hanya akan berbincang mengenai 'transfer money' hanya apabila kedua-dua mereka turun ke England pada pertengahan bulan Disember kelak. Kini dengan api yang semakin membara terutamanya dari pemilik Liverpool sendiri, kelantangan Benitez dilihat telah memakan dirinya sendiri. Dengan adanya ramai pengurus-pengurus yang berkaliber seperti Mourinho, Capello dan Lippi, pemilik Liverpool ini dilihat tidak mempunyai masalah untuk mencari pengganti yang sesuai sekiranya Benitez dipecat kelak. Sama-samalah kita tunggu dan lihat sandiwara bola sepak England yang kian hari kian menarik.