• Home
  • Bola Malaysia
  • BorakBola
  • Euro 2008
  • Hubungi
  • Lain-Lain
  • Liga England
  • Liga Lain
  • Pengurus
  • Profile Pemain
Dec 5, 200716

Euro 2008: Kumpulan Maut

Tags: Euro 2008, euro 2008 draw, group of death

Group of Death atau kalau dialihbahasa 'Kumpulan Maut' pasti akan ada untuk setiap kejohanan besar. Sama ada Piala Dunia ataupun Piala Euro, kewujudan Group of Death bakal menyaksikan tersingkirnya 1 atau 2 negara gergasi bola sepak. Untuk Euro 2008 kali ini, Perancis, Itali, Belanda dan Romania telah diundi untuk bertarung di dalam satu kumpulan. Kumpulan ini sudah pasti akan menyajikan satu 'excitement' untuk para peminat bola sepak seantero dunia. Untuk pengetahuan semua, Perancis dan Itali telah bertemu di pusingan kelayakan ke Euro 2008. Undian kali ini ternyata tidak menyebelahi kedua-dua finalist Piala Dunia 2006 ini apabila sekali lagi diundi di dalam kumpulan yang sama, ditambah dengan kehadiran Belanda dan Romania yang tidak boleh dipandang remeh. Terutamanya Belanda yang berada di bawah kendalian Van Basten sudah semestinya ingin membuktikan mereka juga adalah salah sebuah pasukan gergasi dunia.

Nov 29, 20075

Everton, Mengganas Dalam Diam

Tags: everton, mikel arteta, the toffees, tim cahill

Kemenangan 7-1 ke atas Sunderland baru-baru ini berjaya membawa Everton ke tangga 8 di dalam Liga Perdana England. Sebenarnya boleh dikatakan bahawa Everton adalah di antara pasukan yang kurang popular di kalangan peminat bola sepak Malaysia. Bukan itu sahaja, hampir tiada berita sensasi mengenai pemain-pemain Everton yang menguasi ruang tabloid England. Hanya kadang-kala berita mengenai kelantangan pengurus pasukan Everton, David Moyes yang mengisi ruang belakang akhbar-akhbar di sana. Namun tidak boleh dinafikan yang sebenarnya Everton merupakan pasukan yang diam-diam berisi. Pernah mencatat kedudukan tertinggi iaitu di tangga ke 5 Liga Perdana England untuk 2 musim sebelum ini, tidak mustahil untuk dijangkakan yang Everton merupakan salah satu pasukan yang mampu membolosi dominasi Arsenal, Manchester United, Liverpool dan Chelsea. Ada beberapa faktor kebangkitan pasukan ini sebenarnya yang telah dikaji oleh penulis.

Nov 27, 200718

Jangan Tahu Kutuk Sahaja

Tags: blog bola sepak, malaysia football association, malaysia football blog, malaysia football team, malaysia under 23 football team, sea games 2007

Sering kali apabila berbicara mengenai bola sepak Malaysia, hanya kutukan, cacian dan hinaan sahaja yang terkeluar dari peminat-peminat. Walaupun itu menunjukkan masih ada mereka yang menyayangi bola sepak tempatan, terutamanya pasukan kebangsaan, pada pendapat saya, janganlah kita hanya tahu mengutuk sahaja. Kita harus bersama-sama fikirkan apa jalan penyelesaian yang harus diambil untuk meningkatkan lagi mutu bola sepak negara kita. Di bawah adalah beberapa cadangan saya sendiri:-

Nov 19, 20070

Tuah England Nampak Di Kaki

Tags: england qualifying to euro 2008, Euro 2008

Gus Hiddink akhirnya mengaku telah tewas dalam membawa Russia ke Euro 2008. Dengan kekalahan 2-1 kepada Israel kelmarin, nampaknya nasib England kembali semula ke tangan mereka. Perlawanan seterusnya untuk England, iaitu menentang Croatia di Stadium Wembley akan menentukan kelayakan pasukan ini ke Euro 2008. Dengan ketiadaan Michael Owen, Wayne Rooney dan Emily Heskey akibat kecederaan, jentera serangan England kini hanya bergantung kepada Peter Crouch. Perlawanan persahabatan yang tiada maknanya dengan Austria baru-baru ini terpaksa dibayar dengan harga yang besar iaitu kecederaan penyerang harapan mereka Michael Owen. Tidak melampau dikatakan perlawanan persahabat ini diadakan untuk memastikan David Beckham menjadi pemain ke 5 dalam sejarah bola sepak England mendapat '100 caps'.

Nov 14, 200710

Omong Kosong Ferguson

Tags: alex ferguson, manchester united, manchester united best team ever, the red devils

Tristan merasa terpukul dengan kenyataan Sir Alex Ferguson yang turut dipaparkan dalam laman borakbola ini. Tunggu dulu Ferguson. Anda dan pasukan terbaik anda masih belum mencapai apa-apa kejayaan musim ini. Hati pihak manakah yang cuba direbut Ferguson dengan kenyataan ini? Peminat? Keluarga Glazer? Ataupun pemain-pemain yang dimegah-megahkan semasa dibeli, tetapi kini kerap memanaskan bangku simpanan? Maaflah Michael Carrick jika anda tercekik membaca artikel ini (which is impossible), tetapi nampaknya kenyataan Ferguson itu ditujukan untuk diri Pak Ferguson sendiri.

AC Milan alexandre pato arsenal arsenal football club blog bola sepak bola sepak malaysia cesc fabregas champions league chelsea chelsea football club cristiano ronaldo english premier league fabio capello fernando torres football blog la liga liverpool liverpool football club malaysia football association malaysia football blog malaysia football team malaysia under 23 football team manchester united pertandingan borakbola rafael benitez Steven Gerrard the gunners the red devils the reds totenham football club

Featured Articles

7 Artikel Terbaru

  • Champions League Quarter Final Preview
  • Kejayaan Pasukan Inggeris Kerana Bakat Asing?
  • Jose Mourinho To Enter Management At Inter?
  • Mascherano, Liverpool Dan Manchester United
  • Pertembungan 4 Kelab Besar EPL
  • Cristiano Ronaldo Goals Against Bolton
  • Football Player Lookalikes Pictures

7 Borak Terbaru

  • Anonymous: :shock: :smile: :???: :mad: :!: :!:
  • e: :mrgreen: saya cadangkan setiap liga tak kira liga super atau perdana,14 pasukan dalam satu...
  • e: saya cadangkan setiap liga tak kira liga super atau perdana,14 pasukan dalam satu liga.dan...
  • kudin: wei liverpool kaloh semi
  • abdullah: http://duniabolasepak.blogspot .com/
  • kaka_cva06: i lov eu …………. kaka stilll i sincere with you chandru
  • dk: bro bawak2 la update….huhuhuhu..

Wajib Baca

BB.Net Updates And Futures
Menangi Hadiah Lumayan Di BB.Net
8 Perkara Misteri Tentang KakiBangku
10 Cadangan Untuk Liga Tempatan
Jamie Carragher Dan Skuad England

5 Artikel Popular

  • Profile: Fernando Torres (20)
  • 100 Pemain Terbaik Dunia (18)
  • Jangan Tahu Kutuk Sahaja (18)
  • Skuad Terbaik Manchester United? (16)
  • Euro 2008: Kumpulan Maut (16)

Laman Lain

  • Aran
  • ArenaBolaSepak
  • ArsenalMalaysia
  • BolaCyber
  • BorakManUtd
  • DiariAdsense
  • FA Malaysia
  • Football365
  • HarimauMalaya
  • HidupMatiArsenal
  • Jking
  • KakiBola
  • Malaysia Manutd
  • RedRants
  • SoccerLens
  • Vangardx

Copyright © 2008 Borak Bola [Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda]. "Charred" theme by WPelements.com