[Champions League] – Man Utd,Chelsea,Porto layak

Filed under: Artikel Pilihan, Liga Juara-Juara by: BangkuSimpanan

champions_league

Jgn igt dh mng kalau anda leading 3-1. Itu lah yg perlu team2 lain igt apabila lwn ngan Man Utd nie di OT. Mmg diorg akan dpt gol last2 minute. Mmg trend diorg nie.Hehe. Itulah apa yg terjadi di OT pagi td. Man Utd seri 3 – 3 sama dengan CSKA dan seterusnya melayakkn diorg ke stage berikutnya. Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Mimpi Buruk Buat EPL di dalam Champions League

Filed under: Liga Juara-Juara by: KakiBangku

Jika 2 minggu lepas didominasi dengan berita-berita kemenangan English Premier League Clubs d Champions League/Piala Juara-Juara, minggu ini ternyata mimpi buruk buat kesemua English Premier League Club.

Tiada satu kelab English pun yang berjaya mencatatkan kemenangan terhadap lawan masing-masing minggu ini. Paling teruk buat Chelsea apabila dibelasah oleh AS Roma di tempat lawan. Ternyata hasrat Luiz Felipe Scolari yang ingin menempah terus hotel di Roma untuk perlawanan akhir perlu ditangguhkan terlebih dahulu.

Sementara itu Liverpool, Arsenal dan Manchester United masing-masing diikat seri oleh lawan mereka. Liverpool memerlukan sepakan penalti pada minit akhir perlawanan dari Steven Gerrard untuk memastikan mereka tidak pulang dengan kekalahan menentang Atletico Madrid.

Manchester United juga memerlukan tandukan dari Ryan Giggs pada minit ke 83 setelah ketinggalan di belakang Celtic sejak minit ke 13. Manakala Arsenal terpaksa berpuas hati dengan keputusan tanpa jaringan dengan Fenerbahce di tempat lawan.

Nampaknya masih tiada kelab English yang telah berjaya menempah tempat ke perlawanan pusingan kedua Champions League. Hanya satu kemenangan lagi yang diperlukan oleh kesemua kelab ini. Terpaksalah mereka menunggu perlawanan seterusnya yang akan berjalan 2 minggu dari sekarang.

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Berbatov dan Rooney Menyengat

Filed under: Liga Juara-Juara by: KakiBangku
Dimitar Berbatov, New Manchester United

Dimitar Berbatov, New Manchester United Signing

Gandingan pemain baru Manchester United, Berbatov dan Wayne Rooney nampaknya kian menjadi. Setiap perlawanan makin nampak gerakan-gerakan menarik yang dilakukan oleh kedua-dua pemain ini.

Mangsa terbaru mereka berdua sudah tentu Celtic FC, dengan Berbatov menjaringkan 2 biji gol dan Rooney 1 biji gol. Kini kedudukan Manchester United untuk layak ke pusingan kedua Juara Liga-Liga @ Champions League nampaknya semakin cerah.

Walaupun tayangan replay video menunjukkan kedua-dua gol pemain terbaru Manchester United itu adalah offside, namun secara keseluruhan mutu permainan Berbatov sangat mengkagumkan.

Aksi malas-malas Berbatov kadang-kadang membuatkan penonton berasa tertekan. Namun apabila Berbatov mendapat bola, kita boleh menjangkakan satu sentuhan yang menarik akan dilakukan olehnya.

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Road To Rome: CL 2008

Filed under: Liga Juara-Juara by: KakiBangku

Malam ini bakal menyaksikan gergasi-gergasi bola sepak Eropah memulakan pertarungan untuk merebut piala paling berprestij, Champions League 2008. Jika musim lepas, piala ini telah dimenangi oleh Manchester United, kelab dari England, mampukah The Red Devils mengekalkan kejuaraan mereka atau akan muncul pasukan baru menjuarai piala ini?

Antara muka-muka baru yang perlu diberi perhatian kali ini ialah pasukan dari Russia, FC Zenit. Segar dari kemenangan bermakna ke atas Manchester United dalam perlawanan Super Cup(juara Champions League menentang juara UEFA CUp), FC Zenit diundi di dalam kumpulan gergasi Eropah Real Madrid dan Juventus.

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Champions League Quarter Final Preview

Filed under: Liga Juara-Juara by: KakiBangku

Hari ini bermulalah tirai pertarungan hebat antara 8 kelab terbesar Eropah untuk pertandingan paling berprestij dalam sejarah bola sepak, Champions League. Dengan 4 kelab dari English Premier League beradu nasib untuk mendapatkan kelebihan pada suku akhir yang pertama, mampukah untuk buat pertama kalinya 2 kelab England merealisasikan impian untuk bertarung di “final” kelak? Jom kita ikuti preview dan prediction untuk kali ini:-

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

4 Kelab English Di Suku Akhir Champions League

Filed under: Liga England, Liga Juara-Juara by: KakiBangku

pemaintermahaldunia.jpg

Dengan kemenangan Liverpool Football Club menentang Inter Milan di San Siro(agregat 3-0) malam semalam, 4 kelab Liga Perdana England kini berjaya memasuki suku akhir Champions League.

Liverpool mengikuti jejak langkah Arsenal yang menewaskan AC Milan(kelab Itali), Manchester United yang mengenepikan Lyon(kelab France) dan juga Chelsea yang menumpaskan Olimpiakos(kelab Greek).

Sir Alex Ferguson dengan bangganya telah membuat kenyataan yang English Premier League merupakan liga terkuat di Eropah. Buat pengetahuan anda, England adalah negara pertama yang mempunyai 4 wakil untuk suku akhir dalam sejarah Champions League.

Pengurus Manchester United ini memberitahu pemberita yang liga England kini telah mencapai kegemilangan yang pernah dikecapi oleh liga Sepanyol suatu ketika dahulu. Pernah satu masa, La Liga mempunyai 3 wakil dalam separuh akhir pertandingan berprestij ini.

Apabila undian untuk suku akhir dibuat kelak, kelab-kelab England ini berkemungkinan besar untuk menentang sesama sendiri. Jika untuk pusingan kedua @ Round 16, kelab dari sesama negara tidak akan diundi bersama, pusingan suku akhir bakal menyaksikan syarat tersebut tiada. Mungkinkah Liverpool akan bertemu dengan Chelsea sekali lagi musim ini?

Kelab-kelab yang berjaya meloloskan diri ke peringkat suku akhir Champions League kali ini ialah:-

  • Arsenal(England)
  • Liverpool(England)
  • Manchester United(England)
  • Chelsea(England)
  • AS Roma(Itali)
  • Schalke 04(German)
  • Barcelona(Sepanyol)
  • Fenerbahce (Turki)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 5.5/10 (2 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Skuad AC Milan Sudah Terlalu Tua?

Filed under: Liga Itali, Liga Juara-Juara by: KakiBangku

acmilan2.jpg

10 bulan selepas menjulang piala berprestij Champions League, kekalahan AC Milan kepada Arsenal dalam perlawanan Champions League kelmarin di San Siro ternyata satu kejutan. Kubu kebal buat pasukan ini musnah dengan gol dari Fabregas dan Adebayour. Anak didik Carlo Ancelotti ternyata tidak mampu memberi tentangan balas apabila didominasi sepanjang perlawananan oleh skuad muda Arsene Wenger.

Daripada 25 senarai nama pemain untuk Champions League, 18 daripada pemain-pemain AC Milan berumur 30 tahun ke atas. Semasa perlawanan menentang Arsenal kelmarin, Ancelotti telah menyenaraikan 8 pemain berusia 30 tahun ke atas dalam kesebelasan utamanya. Ronaldo, Seedorf dan Dida pula tidak dapat diturunkan akibat kecederaan. Hanya Kaka, Pato dan Andrea Pirlo sahaja yang masih tidak mencecah umur 30 tahun.

Dengan Paolo Maldini yang berusia 40 tahun mengepelai benteng pertahanan AC Milan, pemain-pemain lincah Arsenal ternyata mengambil kesempatan sepenuhnya dengan menggunakan kepantasan mereka untuk mengkucar-kacirkan benteng AC Milan. Walaupun berpengalaman tinggi, ternyata benteng pertahanan AC Milan akur apabila gagal menghalang rembatan padu Fabregas membolosi jaring gol mereka.

Kini sudah tiba masanya untuk pihak pengurusan AC Milan untuk membina semula pasukan baru San Siro ini. Sudah sampai waktunya untuk kuda-kuda tua seperti Maldini, Nesta dan Seedorf digantikan dengan pemain-pemain muda yang lebih berstamina dan pantas. Walaupun pengalaman bermain perlawanan-perlawanan besar tidak dapat ditukar ganti, namun dengan kepantasan corak permainan bola sepak sekarang, ia adalah satu liabiliti untuk terus mengekalkan barisan pemain lama sementara pasukan-pasukan lain perlahan-lahan sedang membina era baru dengan pemain-pemain muda.

Pada pandangan penulis, pengurusan AC Milan perlu berbelanja besar pada musim panas ini apabila perpindahan dibuka semula untuk membeli pemain-pemain muda yang berbakat. Pemain-pemain lama perlu disimpan sekurang-kurangnya untuk satu musim lagi supaya pemain-pemain muda dapat menimba sebanyak mana pengalaman yang boleh dari mereka. Selepas itu barulah sedikit demi sedikit kuda-kuda tua ini ditamatkan kontrak mereka.

Mungkin juga sudah tiba masanya untuk Carlo Ancelotti meletakkan jawatannya selaku pengurus AC Milan. Walaupun kontraknya bersama kelab tersebut masih kekal sehingga 2010, Ancelotti dilihat telah berada terlalu lama bersama AC Milan sehingga menyebabkan tiada kepelbagaian dari segi teknik, taktik dan corak latihan. Sudah tiba masanya untuk pengurus-pengurus muda seperti Jose Mourinho ataupun Frank Rijkaard membawa perubahan kepada kelab berprestij ini.

Buat peminat setia AC Milan diharap janganlah anda terlalu bersedih dengan kekalahan kelab kesayangan anda kali ini. Selagi adanya Kaka dan juga ‘wonderkid’ terbaru dari Brazil iaitu Alexandre Pato di San Siro, masa depan kelab ini akan terjamin sekurang-kurangnya buat 3 4 tahun yang akan datang. Generasi baru AC Milan harus dibina dengan 2 pemain ini menjadi asas bagi gagasan baru AC Milan. Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat bagaimanakah kelab ini akan bangkit dari kekalahan perit di tangan Arsenal kali ini.

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 5.5/10 (2 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)