Hari ini bermulalah tirai pertarungan hebat antara 8 kelab terbesar Eropah untuk pertandingan paling berprestij dalam sejarah bola sepak, Champions League. Dengan 4 kelab dari English Premier League beradu nasib untuk mendapatkan kelebihan pada suku akhir yang pertama, mampukah untuk buat pertama kalinya 2 kelab England merealisasikan impian untuk bertarung di "final" kelak? Jom kita ikuti preview dan prediction untuk kali ini:-
1. Schalke 04(German) vs Barcelona(Spain)
Atas kertas Barcelona nampak akan menang mudah terhadap pasukan dari Germany ini. Mungkin itu juga anggapan pasukan Porto yang tewas kepada Schalke 04 di pusingan kedua sebelum ini. Dalam pusingan kalah mati ini nama besar tidak akan menjamin kemenangan buat mana-mana kelab. Malah Barcelona sebenarnya sedikit tertekan untuk mendapatkan kemenangan apabila Lionel Messi tidak dapat beraksi.
Tambahan pula tekanan kepada pemain kerana Champions League merupakan satu-satunya peluang untuk menjulang piala buat Barcelona apabila kini ketinggalan 6 mata di belakang Real Madrid dalam Liga Sepanyol. Sekiranya Schalke 04 dapat mengekang barisan serangan Barcelona dari menjaringkan sebarang gol di sini, berkemungkinan besar satu kejutan besar bakal berlaku.
Prediction Penulis: Schalke 04(1) vs Barcelona(3) - Samuel Eto' terlalu hebat untuk dihalang oleh benteng pertahanan Schalke 04.
2. AS Roma (Itali) vs Manchester United(England)
Pertembungan kali kedua berturut-turut dalam tempoh satu tahun buat ...