Menurut KakiBangku, dia kalau boleh nak tengok pasukan bola sepak Malaysia masuk World Cup sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Itu cuma angan2 ke atau boleh jadi kenyataan? Jom kita selidik...
Ranking FIFA (Januari 2008): 164. Malaysia
Kuota untuk pasukan Asia ke Piala Dunia: 4.5 daripada 43 pasukan (0.5 tu maknanya diorang kena main playoff dengan pasukan dari Amerika Selatan atau Afrika)
Pasukan faveret di Asia: Jepun, Korea, Australia, Iran, Arab Saudi, Iraq, Kuwait, China.
Pasukan faveret di Asia Tenggara: Thailand, Indonesia, Singapura, Myanmar.... dan Malaysia.
Berti Vogts (bekas jurulatih Jerman yang selalu berlagak bagus) pernah menyarankan agar kuota untuk Asia dikurangkan. Memang dalam sejarah Piala Dunia, cuma 10 kali je pasukan dari Asia pernah menang perlawanan mereka. Memang wakil Asia masa tu pun cakap diorang memang rasa terkikis jiwa mendengar seorang dari Eropah cakap mcm tu yang ade bau2 perkauman. Tapi lepas tu ada orang lain balas, Piala Dunia ni untuk memupuk keharmonian di seluruh dunia, bukan sepak bola masuk gol semata-mata. Memang respek la orang tu, tapi dah lupa siapa (komen2 ini dibuat semasa France98)
Episod 2 akan membincangkan tentang jurang perbezaan antara pasukan2 di Asia Tenggara, dan juga tentang Malaysia, sebuah negara gergasi bola sepak Asia (ini yang nyata, bukan mimpi). Juga diharapkan ramai ...