[Sukan SEA] – Raja Asia Tenggara

Filed under: Artikel Pilihan, Bola Sepak Malaysia by: BangkuSimpanan

FAM

Percaya atau tidak itulah realitinya. Mungkin para pengkritik-pengkritik beranggapan itu cumalah nasib. Tetapi harus di ingat, menang tetap menang walaupun dengan 1-0, walaupun dengan gol sendiri oleh pihak lawan. Yeah kini mereka mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah. Tahniah aku ucapkan kepada mereka semua. Read more…

[Piala Malaysia] Sang Rusa ternyata lincah

Filed under: Artikel Pilihan, Bola Sepak Malaysia by: BangkuSimpanan

mh_02.1

Ternyata malam ini Sang Rusa lebih hebat dan gagah. The Red Warriors tidak seperti sebelum ini dan ternyata malam ini mereka bagaikan hilang punca. Penyokong pula menunjukkan kemarahan dan kekiciwaan apabiala membaling mercun dan apa sahaja yang boleh di baling. Tidak kira apa saja. Negeri Sembilan menjulang piala Malaysia 09. Read more…

[Piala Malaysia] – Sang Rusa vs Red Warriors

Filed under: Artikel Pilihan, Bola Sepak Malaysia by: BangkuSimpanan

negeri sembilan2Kelantan_FA

Tarikh : 7 November 2009

Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil

Tiket : RM 20 untuk semua tempat duduk / RM 5 untuk kanak2

Tarikh Jualan : Stadium Nasional (Jumaat: 11pagi – 10mlm, Sabtu: pukul 10pagi)


Read more…

[Tanah Air] – Kaum Hawa dan Bolasepak

Filed under: Bola Sepak Malaysia, Bola Sepak Wanita by: BangkuSimpanan

bola sepak wanita

Baru-baru ini kami terbaca artikel yang bertajuk “Bola sepak wanita perlu 8-10 tahun” yang di keluarkan Utusan Malaysia bertarikh 13 Ogos 2009. Artikel ini berkenaan dengan pembangunan bola sepak wanita di Malaysia oleh FAM,AJK Bola Sepak Wanita FIFA dan FA England.

Read more…

Majlis Pelancaran Jersi Baru Skuad Malaysia

Filed under: Bola Sepak Malaysia by: KakiBangku

BorakBola.Net pada Sabtu lepas telah diundang untuk menghadiri sesi majlis pelancaran jersi skuad kebangsaan Malaysia yang baru tajaan Nike. Nantikan update beserta gambar-gambar di majlis tersebut untuk tatapan anda semua. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nike kerana berbesar hati menjemput BorakBola.Net ke majlis tersebut.

Perkembangan Terkini Skuad Kebangsaan Malaysia

Filed under: Bola Sepak Malaysia by: KakiBangku

Atas kesibukan bekerja baru baru ini saya gagal memberi laporan terkini tentang perkembangan skuad bola sepak Malaysia seperti yang pembaca harapkan. Mohon maaf banyak-banyak dan kini saya mengambil peluang untuk memberikan informasi terkini kepada anda semua.

Mengikut saudara Poning di bahagian komen, pasukan Malaysia kini sudah layak ke separuh akhir Piala Grand Royal dengan membelasah pasukan Vietnam junior 3 gol berbalas 0. Anda boleh membaca komen saudara poning untuk maklumat yang lebih lanjut.

Jika ada para pembaca berminat untuk menulis di sini, saya amat alu-alukan dan sila hubungi saya menggunakan laman hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih.

Post-Mortem Pesta Bola Merdeka 2008

Filed under: Bola Sepak Malaysia by: KakiBangku

Pesta Bola Merdeka 2008 baru sahaja berakhir 2 minggu yang lepas. Pasukan tuan rumah, Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan dan terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tewas kepada Vietnam pada penentuan sepakan penalti.

Antara perkara-perkara utama yang boleh diambil positif dan negatif untuk skuad kebangsaan bola sepak Malaysia pada pertandingan kali ini ialah:-

  • kebuntuan idea untuk membolosi gol lawan di dalam keadaan terdesak. Masalah ini ketara pada perlawanan akhir di mana pemain-pemain Malaysia kerap melambungkan bola tinggi ke kotak penalti Vietnam. Tidak ada kepelbagaian.
  • sifat over-confidence. Apabila membelasah lawan di peringkat kumpulan dan separuh akhir, pemain terlalu yakin akan menang mudah di perlawanan akhir. Akibatnya over-confidence ini memakan diri.
  • benteng pertahanan yang kukuk. Gabungan Zamani Misbah dan Aidil ternyata berhasil. Tiada gol yang diboloskan dari masa perlawanan biasa sepanjang temasya Pesta Bola Merdeka 2008 berlangsung.
  • penjaga gol Malaysia tidak diuji. Akibat ketumpulan jentera serangan lawan dan kehebatan centre back kita, keupayaan sebenar penjaga gol tak dapat ditentukan. Yang penting dia sangat lemah dalam sepakan penalti.
  • Sathia menyatakan rindunya pada khidmat Akmal Rizal. Mungkin kekurangan pengalaman di peringkat antarabangsa penyerang kita sekarang menyebabkan tewasnya Malaysia di perlawanan akhir.
  • tidak stick pada game-play. Mungkin nervous atau tertekan semasa perlawanan akhir, Malaysia nampak terlalu terdesak untuk menjaringkan gol sehingga kadang kala terlalu mempercepatkan permainan. Sathia perlu terapkan kekuatan mental yang lebih kepada pemain-pemain.
  • penyerang tidak tajam di depan pintu gol. Terlalu banyak peluang yang dilepaskan. Di perlawanan akhir misalnya, banyak peluang Indra Putra terhidang di depan mata. Sama ada reaksi yang terlalu lambat atau membuat keputusan yang salah menyaksikan peluang terlepas begitu sahaja.

Pada pendapat saya yang masih mentah dalam bola sepak Malaysia ini, pasukan yang dibentuk Sathia ini adalah antara pasukan terbaik yang Malaysia pernah ada. Walaupun Pesta Bola Merdeka 2008 hanya didatangi oleh pasukan-pasukan ranking rendah dan juga Under 23, namun mutu permainan negara kita boleh dikatakan jauh lebih meningkat berbanding dulu.

Kini kita sudah ada asas benteng pertahanan yang kukuh, kekuatan barisan tengah yang mantap dan penyerang yang mampu menjaringkan gol. Dengan Piala AFF bakal menjelang, Malaysia perlukan lebih banyak perlawanan persahabatan untuk memantapkan lagi persefahaman dan menimba pengalaman.

Kita tunggu dan lihat macam mana gaya persembahan skuad bola sepak Malaysia di Piala AFF Disember ini. Pastikan anda mengikuti kami untuk mengetahui jadual dan keputusan terkini Piala AFF kelak.