Bola Sepak Malaysia - Di Mana Silapnya?

By KakiBangku • Nov 3rd, 2007 • Category: Bola Sepak Malaysia

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

fam.jpg

Dengan berakhirnya cita-cita rakyat Malaysia untuk melihat sekurang-kurangnya skuad bola sepak Malaysia memberikan cabaran untuk layak ke Piala Dunia baru-baru ini, sekali lagi kita diajak untuk berfikir mengenai realiti bola sepak di negara kita. Di manakah puncanya prestasi skuad negara dari hari ke hari semakin merudum? Negara-negara lain yang suatu masa dahulu kecut dengan kejaguhan skuad kita, semakin lama semakin jauh meninggalkan Malaysia terutamanya dari segi ranking. Skuad negara kita kini berada di kedudukan ke 166 dunia dengan jumlah kedudukan keseluruhan ialah sebanyak 200. Bermakna kita hanya tinggal 34 tempat sahaja lagi untuk menghuni tempat tercorot dalam ‘ranking dunia’. (Sumber: Laman Web Rasmi Fifa)

Dengan berlakunya perubahan tampuk pimpinan FAM(Malaysia Football Association) baru-baru ini, kelibat muka baru iaitu Khairy Jamaluddin berjaya memegang jawatan Timbalan Presiden FAM. Selaku seorang ahli politik yang mula terkenal kerana program MyTeam, Khairy dilihat mempunyai bakat dan kepimpinan untuk menaikkan semula martabat bola sepak Malaysia di mata dunia.

Permulaan bagi Khairy agak memberangsangkan dengan skuad bawah 23 tahun Malaysia berjaya menjuarai Piala Merdeka. Pada ketika ini, rakyat Malaysia seakan diberi sedikit harapan untuk terus percaya yang skuad bola sepak negara akan kembali bangkit. Namun begitu ternyata kemenangan pada Kejohanan Piala Merdeka tidak dapat dilihat sebagai satu tanda kebangkitan apabila Malaysia tewas mudah kepada Bahrain dalam pusingan kelayakan Piala Dunia.

Di manakah sebenarnya silap bola sepak negara kita? Adakah dari segi pentadbiran? Ataupun dari segi komitmen pemain-pemain kebangsaan kita sendiri? Mungkinkah jurulatih skuad negara yang sering bertukar ganti selama ini tidak cukup bagus untuk membawa kita selangkah lebih baik? Adakah kerana kurangnya sokongan daripada rakyat Malaysia sendiri?

Kita mampu untuk menunding jari menyalahkan orang lain atas permasalahan yang menimpa skuad Harimau Malaya ini. Rakyat menyalah pemain yang kurang komitmen, pemain menyalahkan jurulatih yang kurang berkemampuan dan pihak pengurusan pula menyalahkan rakyat yang tidak memberi sokongan kepada skuad negara. Selagi kita tidak berganding bahu serta berhenti menyalahkan sesama sendiri selagi itulah skuad bola sepak Malaysia akan berada di takuk ini.

Selagi ada kemahuan selagi itu ada jalan. Marilah kita sama-sama mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Malaysia. Bagaiamana caranya? Sama-samalah kita fikirkan. Majulah bola sepak untuk negara.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , , , ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

16 Responses »

  1. bosan giler web ni…nak forum in english plz

  2. abg nazu, jersey malaysia ade tak?

  3. displin kene lebih strict baru leh berjaya.haha.ko ader jersey mys kan ayut?

  4. pembangunan yg slah puncamasia hilang arah,,klu tgk balik sume bdk2 junior bola masia ni same je taraf ngn bdk2 kelab luar..tak caye tgk CYC lepas yg main kat masia..taraf kitorang sama je ngn taraf bola sepak luar..tp bile umur dah naik..19, 20 thun bdk2 bola ni dah tak kena jage..disiplin kantoi..tu yg jd cm tu,klu terus jage takde hal la bleh naik, klu nk tgk kan bole sepak luar ni..contoh mcm brazil argentina ngn england..bdk2 bola ni dah kena anta ngn parents dierang umur 9, 10 thun lagi kat akademi bola,, mmg masa tu dah tak pk blaja lagi dah..sbb suh tumpu kat bolaa jee..tp kat masia? mana ade sume tu..kurang sangt program cm tu..pastu mcm tgk kat liga2 eropah..bdk2 umur 17 18 thun dah main 1st team..kat masia ade 2 3 orng je yg cm tu..tu pon kejap je..pastu senyapp..

  5. aku sokong cakap yan.perasan tak masa sekolah dulu ramai gile member2 kita yang power main bola.tapi dorang nie semua pandai belajar gak..so masa tue bola nie dilihat takder masa depan.jadi dorang berhenti main bola, gi sambung belajar.yg tinggal main bola tue agak kureng skit la kirenya..macam TITUS lak.apa citer dia skang? takkan la tak power2 dari dulu lagi dah main kat france.masalah dia kat FAM aku rasa.kureng concern skit pasal pembangunan bola sepak dari zaman2 remaja

  6. sebelu kita bincang tentang pasukan kebangsaan..kita perlu
    pasukan2 yang ada dalam liga2 kita!. ternyata pasukan2
    liga kita masih belum cukup mantap melatih pemain2nya…
    saya masin ingat kenyataan jurulatih selangor dolah salleh
    “pemain saya cukup cergas dalam liga M, tetapi belum cukup
    cergas dalam Asia”
    -RENUNGKAN-

  7. hmmm.menarik gak persoalan sedara salakriver nie..komitmen player mmg agak kurang saya rasa.walaupun dikatakan liga pro tapi sikap player kita macam amatur.itu pendapat saya

  8. :smile: huss..best dapat member leh share :smile: fanatic games. actually, haku sokong kate korang. contoh ar, haku nyer student. wakil sekolah peringkat negeri. peh2 dapt g sek bukit jalil, makbapak x bagi…jenuh dah haku cakap last2 dak tu pun dah fade up ngan parents die

  9. sometimes, rase cam x patut jer. best player ramai kat masia nih tapi, kadang2 kita BUTA. nampak yang jauh jer. bakat depan mater war derk jer
    bender cam gni, kiter kene alert ar

  10. ooo.kirenya encik ryoma nie cikgu sukan la ek?amcam pemain muda malaysia ramai berbakat tak?

  11. susah nak cakap pemain mana yang berbakat sebab jarang tengok liga malaysia. jarang keluar kat tv pun. seminggu sekali pun susah ape.
    tapi masa dulu2 tengok norhafiz zamani misbah ngan shukor adan memang boleh nampak yg diorang memang raw talent. positioning, movement, work rate memang mantap. kalau training technique semua mmg raw talent camtu boleh pergi jauh.
    saiz memang takleh komplen la sebab org kita memang tak jaga makan punya. asal boleh dilantak

  12. adekan la 1minggu utk space bola sepak kite..berikan peluang semua rakyat malaysia memberi comment.& then buat kesimpulan..xkn xde sorg pn rakyat malaysia yg mempunyai idea yg bernas..tryla..aku rs pemain kite xnk improvekn bakat,skill,taktik diorg kt padang..1 lawan 1 ngn keeper pn xleh..klu tgk world player yg len 2,diorg ade mcm2 skill sepak bola..bile2 je diorg leh gune..

  13. aku rasa laa..masalah utama bola sepak kita ni adalah FAM..Tegas tak bertempat……Bila org kritik skit,gantung 3,4 thn…gunakan kuasa dan peraturan yang ada untuk hukum org walaupun pandangannya betul…Contoh plg tepat KES Dato Ahmad Basri……tlh terbukti sekarang program dirangkanya yg dilabelkan MEMBAZIR oleh FAM telah memberi kesan positif kepada bola sepak Kedah.

    Lagi satu…..pemilihan pemain kebangsaan…..
    Masa baru dilantik kata hanya pemain yg beraksi konsisten saja akan dipilih….apa yg aku tgk dia suka pilih pemain yang sama.Malah pemain yg jarang diturunkun (simpanan) pun dipilih…sedangkan ramai lg pemain lain yg kerap diturunkan oleh coach pasukan dlm mengharungi liga-M. :?:

    Apapun ini cuma pendapat aku saja…..tak semestinya betoi pun…… :lol:

  14. Selagi managemet FAM ader unsur2 politik..selagi tu laaa Bolasepak Malaysia di takuk yang sama jer…

  15. kalau player yang ada sekarang mungkin tidak..
    apa kata cari budak2 yang umur 8-10 tahun dalam 100 orang sponsor diorang
    cuba nasib kat akademi MU ka, Chelsea ka, PSV ka…or newcastle
    (kalau base on budak2 yang wakil negara ke danone cup dulu diorang cakap bebudak tu setanding dengan
    player dari negara lain yang berada dalam ranking terbaik dunia)
    tak kan at least 20 pun orang pun tak layak nak masuk..
    target dalam 7-8 tahun tengok prestasi mereka bagi kategori remaja dunia…lepas tu barulah target untuk yang lebih senior..
    dari dok asyik bazir diut untuk pembangunan bolasepak negara
    tapi tak bangun-bangun pun..

  16. satay 5

Leave a Reply

Note: This post is over 8 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.