Bola Sepak Itali
By Tristan • Nov 14th, 2007 • Category: Liga ItaliJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.
Bola sepak Itali mempunyai sejarah dan tradisi yang tersendiri. Bola sepak dibawa ke Itali oleh orang British pada penghujung kurun ke-19. Genoa merupakan pasukan bola sepak pertama di Itali, ditubuhkan pada 1893. Kini, di negara yang terkenal dengan industri automotif ini, sukan utama yang menjadi bualan rakyatnya bukanlah sukan permotoran, sebaliknya bola sepak, lebih dikenali sebagai il calcio.
Pada asasnya, bola sepak di Itali merupakan satu hobi, impian gila-gila remaja dan kepada majoriti, merupakan satu cara hidup. Bagi penduduk negara yang mana kerajaannya mengamalkan dasar bersembunyi dalam soal politik, bola sepak menjadi pelantar untuk mereka menjadi penonton dan peserta.
Kepada para belia yang rata-ratanya kurang yakin dengan dasar politik negara mereka, peluang ini membawa pelbagai erti, dan mempengaruhi cara hidup mereka secara tidak langsung.
Tetapi ini tidak bermakna bola sepak bebas dari gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Saban hari pelbagai teori konspirasi; pengadil tidak adil, makan rasuah dan mengatur perlawanan terpapar di madah-madah nukilan pelbagai bentuk media. Akan tetapi kepada semua peminat bola sepak, sekurang-kurangnya perlawanan 90 minit itu berlangsung di depan mata mereka sendiri. Di seluruh negara, jelas ada sikap prejudis dan berpuak-puak di kalangan mereka tetapi di dalam stadium, semua penonton adalah peminat, tidak kira umur, jantina, kewarganeraan, warna kulit dan piza kegemaran mereka. Dan bila penonton mula bernyanyi, harmoni dan penyatuan suara mereka membakar semangat 22 pemain yang sedang berjuang di atas padang.
Akan tetapi, kadangkala keganasan mencacatkan keunikan bola sepak Itali. Biasanya keganasan tercetus antara ultras (hooligan di Britain) dan juga pihak polis dan penguatkuasa. Keganasan ekstrim jarang terjadi, akan tetapi bagi peminat pasukan pelawat, keluar dari stadium dengan disambut oleh pasukan FRU yang bengis dan berlagak ganteng bukanlah satu pengalaman yang ingin dibanggakan.
Di ‘tingkat atas’ pula, bola sepak Itali menentukan kejayaan komersil satu-satu individu, produk malahan sebuah parti politik. Rata-rata peminat tidak bersetuju bola sepak dipolitikkan atas alasan ingin menyumbang kepada kemajuan sukan tersebut. Yang jelas, teori konspirasi yang digembar-gemburkan media bukanlah sesuatu yang tidak berasas. Tetapi, bola sepak akan terus dimainkan, para Fantasista akan terus menghiburkan penonton, dan pentas 90 minit akan tetap dipenuhi oleh peminat-peminat bola sepak.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
Tristan ialah seorang penyokong setia kelab Arsenal kerana 'beautiful football' yang digunakan dalam corak permainan mereka. Paling membenci apa-apa yang berkaitan dengan Manchester United.
Email this author | All posts by Tristan
Saya adalah ada ikuti Fossa Dei Leoni (Penyokong AC Milan) yg dibubarkan akibat rentetan skandal mengatur perlawanan bola sepak Itali. heheh.. Liga Serie A adalah liga yg tak pernah hilang dari sebarang kontroversi. Namun ape yang berlaku disebalik kejadian skandal rasuah dan sebagainya seolah-olah tiada sebarang impak, sudah pun terlihat Squadra Azzuri memenangi Piala Dunia 2006, diikuti oleh AC Milan dari Itali yang memenangi UEFA CL pada tahun berikutnya. Ada perbezaan untuk dinyatakan dari segi Malaysia dan Itali mengendalikan skandal yang sama. Malaysia hanya sekali ketika era 1990-an, tetapi Itali sudah 2 kali dilanda skandal tersebut iaitu pada akhir 1970-an dan awal 1980-an (remember Paolo Rossi?) namun tiada sebarang tanda terjejasnya prestasinya. Kalau Malaysia, hampir kesemua bakat hebat seperti Matlan Marjan, Faridzuan Che Hamid dan Azizul Abu Hanifah semuanya terbazir. Apa sebenarnya yang terjadi pada professionalisme pada keseluruhannya?
menarik gak buah fikiran sedara skyjuice.tak pernah terfikir pulak begitu..takk ingat dah bila malaysia gile rasuah.kesian gak time tue
ARsenal dan wigan seri 0-0.arsene wenger kata padang kat wigan macam sial, xleh nak passing bola pun.cian diorang.kini lead hanya tinggal 2 mata dengan manchester united tak main satu game.kalau man utd menang next game maka man utd akan naik atas puncak liga balik semula
nazu ape citer? bile blk? blk nnt kite futsal sepam due…by the way, beware of the juve’s renaissance. Inter baru jerk kalah..hehehe
1st half - manutd 1(wes brown) liverpool o. mascherano kena buang padang.hmmm.pengadil macam kena beli je nie.ish2
adoi2…3-0!mcm men bola dgn babe la..kekekekeke
p/s:saje bikin panas