Bola Sepak Dan Kehidupan

By KakiBangku • Jan 9th, 2008 • Category: Artikel Terbaru, Lain-Lain

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

 Xabi Alonso - Injury Problem For Liverpool

Apakah persamaan bola sepak dan hidup kita? Seringkali kita memandang rendah kepada pemain-pemain bola sepak apabila mereka melakukan kesilapan.

Kita ‘boo’ mereka sepuas hati bila gagal menjaringkan gol di depan gawang, kita ejek penjaga gol yang lepaskan gol mudah dan kita kutuk habis-habisan pemain-pemain yang berlakon untuk mendapatkan sepakan percuma.

Yang peliknya, kita sebagai manusia juga sering kali melakukan apa yang pemain bola sepak ini lakukan. Tak salah untuk menyatakan dalam kehidupan kita sering kali melakukan kesilapan.

Yang selalunya kita jarang sedar akan kesilapan kita.  Bak kata orang-orang tua, kuman di seberang laut nampak, gajah kat depan mata buat tak tahu aje.

Manusia seringkali nampak silap orang lain. Sebab itu pemain bola sepak sering kena kutuk. Sebab kita nampak apa kesilapan mereka di kaca televisyen. Malah kita boleh lihat aksi lakonan mereka berulangkali dengan adanya teknologi ‘replay’.

Kita juga sering kali berlakon dalam hidup. Tak begitu? Cuba kira berapa kali anda pendam perasaan untuk jaga hati kawan-kawan? Tak cakap perkara sebenar untuk mengelakkan perkara lebih buruk?

Berapa kali anda berbohong? Berapa kali anda main kayu tiga dengan awek sendiri? Berapa kali anda kutuk member anda kat belakang? Berapa kali anda tipu diri anda sendiri?

Bola sepak dan kehidupan. Sesuatu yang menarik untuk dikupas. Mungkin makan tahun jika kita mahu bandingkan satu demi satu.

Dan jangan lupa, dalam bola sepak ada juga saat-saat manis dan gembiranya.  Menjulang piala kemenangan seolah-olah sama dengan apabila kita mengecap kejayaan peribadi. Kadang-kala mengalirkan air mata untuk sesuatu yang bahagia juga penting dalam kehidupan kita.

Yang penting jangan jadikan diri kita bola itu sendiri. Disepak ke sana ke mari oleh orang lain. Sekurang-kurangnya kita masih ada maruah diri.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

3 Responses »

  1. memang la tapi man utd punya player berguling2 sampai 2-3 kali pusingan siapa yg tak bengang

  2. sokong tambah lagi si ronadol yang siap siap kenyitkan mata lagi(sambil senyum) kalau lakonan dia leh penalti..ta*k tul…
    dia nih baik gi jadi pelakon lagi baik dari men bola..
    skang bakat dia tue dah terjangkit kat team pasukan MU yang len..kener tackle sket sket jer berguling guling atas padang..ampes ManUrea:P

  3. yeah mari la kita beramai-ramai mengutuk ManUre

Leave a Reply

Note: This post is over 6 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.