10 Cadangan Untuk Liga Tempatan

Filed under: Bola Sepak Malaysia by: KakiBangku

fam.jpg

Artikel ini telah ditulis oleh Aran, seorang peminat bola yang menyokong Liverpool Football Club untuk pertandingan anjuran BorakBola.Net – Blog Bola Sepak Terbaik Anda. Anda bolehlah membaca nukilan Aran di http://aranhellstorm.blogspot.com. Jika anda berminat untuk memenangi hadiah-hadiah menarik, sila baca syarat-syarat pertandingan kami di artikel ini.

10 Cadangan Untuk Memeriahkan Liga Bolasepak Tempatan

Sebut saja tentang bolasepak negara, pasti terbayang di benak pemikiran peminat-peminat bolasepak tanahair adalah imej-imej longlai pasukan tempatan di pentas antarabangsa baik dunia mahupun sekadar saingan serantau yakni Asia Tenggara. Jikalau mahu bercerita atau menulis tentang kebobrokan scene bolasepak tempatan di pentas antarabangsa, pastinya tidak akan habis walaupun berkajang-kajang kertas dan selautan tinta digunakan untuk menulisnya.

Bagi penulis, hanya ada satu titik positif di dalam kesuraman aksi bola sepak tempatan adalah sambutan dan harapan bagi peminat-peminat dan penyokong-penyokong pasukan di dalam Liga Super. Oleh itu, penulis ingin mencurahkan idea buat FAM supaya dapat mengeksploitasi keadaan ini supaya dapat mengangkat motivasi pemain-pemain bolasepak dalam negara dan seterusnya mengangkat sedikit demi sedikit martabat bolasepak tempatan yang sudah jauh terperosok ke tempat yang paling memalukan.

1. Perancangan dan pengendalian liga tempatan

Seharusnya dirancang mengikut kalendar pertandingan antarabangsa, serantau dan juga bulan puasa kerana liga yang baik, adalah liga yang meminimakan gangguan-gangguan luar yang boleh menyebabkan terhentinya perlawanan dalam liga. Ini selalu sangat kita lihat di dalam liga tempatan, perlawanan diberhentikan sebulan kerana memberi laluan kepada pertandingan-pertandingan lain, ataupun sekadar memberi laluan kepada bulan puasa. Ini sangat-sangat menampakkan kedangkalan dan kebebalan orang yang bertanggungjawab mengendalikan jadual liga. FAM seharusnya berkomunikasi lebih banyak dengan badan-badan lain seperti AFC, FIFA, dan juga badan-badan sukan serantau supaya jadual liga tempatan tidak terganggu.

2. Bilangan pasukan dan jenis pasukan

Sebelum ini, penulis pernah terfikir supaya dibubarkan sahaja pasukan negeri, digantikan dengan pasukan kelab-kelab yang diasaskan oleh industri-industri mega seperti Proton, Petronas, MISC, TNB dan lain-lain supaya dapat membentuk satu entiti atau kelab yang akhirnya nanti dapat berdikari mencari penaja sendiri dan dapat menghasilkan kelab-kelab yang berdaya niaga. Tetapi mungkin ini hanya dapat difikirkan jika ada satu revolusi dalam arena bola sepak tempatan.

Jadi kita tetapkan halatuju kita dengan pasukan-pasukan yang ada di dalam liga tempatan. Bilangan pasukan di dalam liga Super sepatutnya ditingkatkan daripada 13 menjadi 20 supaya dapat mengelakkan satu pasukan berehat dalam satu-satu minggu perlawanan seperti yang di suarakan oleh wakil FIFA, dan juga dapat meningkatkan tahap kecergasan pemain-pemain kerana bermain dalam jumlah perlawanan yang banyak iaitu sekurang-kurangnya 38 perlawanan berbanding 24 perlawanan liga yang ada sekarang. Kita seharusnya memberi lebih banyak pasukan bertanding bagi merebut satu piala yang ada prestij supaya dapat meningkatkan tahap konsistensi prestasi satu-satu pasukan dan juga tahap kompetetif satu-satu liga yang dianjurkan itu. Selain itu, asingkan kelab dari persatuan negeri kerana terbukti kelab tidak mempunyai base fan yang ramai, dan selalunya stadium akan kosong berbanding dengan pasukan negeri. Patut ditubuhkan satu liga untuk kelab, yang bermain di stadium-stadium kecil seperti stadium milik Majlis Berkuasa Tempatan, ataupun milik persendirian.

3. Hak penyiaran oleh tv dan radio

Jikalau ditinjau, sebenarnya peminat bola sepak tanahair sebenarnya banyak jumlahnya. Buktinya tinjau saja di laman-laman forum penyokong-penyokong pasukan tempatan, banyak sekali ahli-ahli yang aktif yang memberikan idea-idea dan tak kurang juga ahli-ahli yang hanya ingin menghangatkan suasana dengan idea provokasi mereka. Di stadium-stadium pula, kita ada ‘die hard core fan‘ yang sememangnya hadir pada tiap-tiap perlawanan, dan ada juga yang bermusim-musim kehadiran mereka ke stadium, iaitu semasa prestasi pasukan masing-masing memuncak. Tetapi itu tidak penting, yang penting liga kita masih lagi mampu menarik penonton-penonton untuk hadir ke stadium.

Jadi kenapa hanya RTM yang diberikan hak penyiaran? Kenapa tidak dibuka tender bagi stesen-stesen tv yang banyak di Malaysia ini untuk menyiarkan perlawanan secara langsung pada tiap-tiap minggu? Kenapa RTM yang terkenal dengan kerja ‘asal buat’ mereka itu dengan pengulas-pengulas sukan yang begitu malas untuk bermain dengan kata-kata, tiada homework, grafik yang hambar serta angle-angle kamera yang sama sejak dari zaman pra kemerdekaan dulu. Kenapa tidak memberikan hak penyiaran itu kepada stesen tv swasta seperti TV3, NTV7 kerana terbukti mereka boleh memberikan info-info mengenai sukan ini yang jauh lebih baik dari penyampai-penyampai RTM (termasuklah pengulas jemputan mereka yang sememangnya tak tahu cara untuk menyampai dan mengulas satu-satu point dalam perlawanan)

Begitu juga dengan radio, sepatutnya ada satu radio berformat sukan ataupun radio bola bukan hanya semata-mata berharap kepada radio negeri (RTM) yang membawakan perlawanan secara langsung yang kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada, melalui corong-corong radio.

4. Hebahan melalui akhbar dan majalah

Jikalau kita tatap Berita Harian ada satu segmen sms pembaca di mana kita boleh lihat perang mulut antara penyokong Kedah dan Selangor. Ini dapat memeriahkan lagi dan menambah keterujaan peminat untuk mengambil tahu keadaan dan prestasi pasukan masing-masing di dalam liga. Akhbar perlu menambah ruangan khas di dalam akhbar mereka mengenai liga tempatan seperti mana era semi pro dan ketika era bermulanya liga pro tempatan, di mana skop dan cakupan infonya meluas. Tetapi setelah EPL mengukuhkan cengkaman mereka, keadaan ini tidak lagi berlaku. Majalah yang aktif dalam menyebarkan info dalam negara pun hanya ada Arena Bolasepak manakala lambakan majalah yang menyalurkan info liga luar seperti FourFourTwo, The League, Wisel begitu banyak ada di pasaran.

5. Tiket perlawanan

Adakan sistem tiket bermusim, yang harganya jauh lebih murah berbanding harga di kaunter, ini akan dapat meningkatkan kemahuan peminat untuk pergi ke stadium. Katalah harga tiket sekarang RM 10 di pintu masuk, adakan sistem tiket bermusim yang hanya mengenakan RM 8 ataupun RM5 bagi satu-satu perlawanan. Sediakannya dalam bentuk 10 perlawanan, 20 perlawanan ataupun setengah musim atau semusim penuh. Adakan cabutan-cabutan bertuah yang menghadiahkan kenderaan ataupun perkakasan elektrik ataupun apa-apa barangan yang dapat menarik minat peminat untuk membeli.

Satu lagi, design ataupun rekabentuk tiket seharusnya di ubah. Sebagai peminat bolasepak, penulis sebagai seorang penyokong Merah Kuning, belum pernah lagi mendapat tiket yang betul-betul ada nilai ekstetika untuk di simpan sebagai kenangan. Tiket-tiket yang ada nilai ekstetika yang bagus seharusnya ada terpapar tarikh, perlawanan dengan pasukan mana, harga, mungkin disertakan dengan kupon minuman, mungkin boleh diletakkan nama pemilik tiket ataupun dengan mengumpul beberapa tiket dapat menonton Perlawanan lain seperti FA Cup dan Piala Malaysia secara percuma, mungkin. Ini tidak, asyik-asyik dapat ‘Tiket Simpanan’, tarikh pun tiada bercetak, memang budaya malas ini di mana-mana sahajakah?

6. Promosi meluas

Kalau diperhati, langsung tiada promosi yang dapat kita lihat dan FAM dilihat hanya bergantung kepada ihsan akhbar-akhbar untuk mempromosi liga tempatan. Langsung tiada iklan-iklan mengenai liga tempatan dapat dilihat di billboard-billboard, di tv, di panggung wayang ataupun dimana-mana tempat yang menjadi tumpuan ramai. Bagaimana kita mahu menarik penonton jikalau tiada kaedah penjenamaan atau pengiklanan yang lebih ekstrim dilaksanakan? Promosi harus juga melibatkan kanak-kanak ataupun budak-budak sekolah, kerana sepanjang pemerhatian penulis, kurang sambutan kanak-kanak yang hadir pada setiap perlawanan di stadium. Ibu-bapa, abang, kakak harus juga menjalankan promosi liga terhadap ahli keluarga yang lebih muda sebagai usaha menyokong liga bola sepak tempatan. FAM seharusnya membuat promosi dikalangan murid-murid sekolah bagi menggalakkan mereka menonton dan lebih bagus supaya mereka ini dapat menceburi bidang ini sebagai matlamat kerjaya mereka juga. Jangan harapkan Milo atau Nike sahaja yang berusaha menarik kelompok ini, kerana itu sebahagian usaha mereka memperluaskan cengkaman produk mereka. FAM harus turun sendiri ke peringkat akar umbi. Lihat saja di perlawanan EPL, ramai kanak-kanak yang bertandang ke stadium bagi mengikuti perlawanan di temani ibu-bapa mereka, ini dapat juga menambah keharmonian dalam keluarga.

7. Jadual perlawanan

FAM harus memperkenalkan perlawanan liga pada waktu petang secara lebih meluas bukan sahaja pada perlawanan di stadium yang tiada lampu limpah. Ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan tahap kecergasan dan ketahanan fizikal pemain yang tidak hanya bermain pada sebelah malam. Ini dapat mempelbagaikan lagi corak dalam liga tempatan dan memberikan penonton dan peminat lebih ruang masa kerana mungkin terdapat halangan bagi mereka untuk menonton pada sebelah malam. Harus di ingat, FAM perlu lebih kreatif untuk menyesuaikan waktu perlawanan liga dengan agenda-agenda sukan lain baik dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

8. Hapuskan liga-liga picisan

Liga-liga picisan seperti Piala Bardhan, Piala Emas Raja-Raja hanya menambah beban kewangan kerana pertandingan ini tak meluas skopnya, hanya bersifat berkelompok. Buat apa kita adakan liga yang hanya disertai oleh satu kaum sahaja. Come on… ini Malaysia, kita ada masyarakat majmuk, kita tidak perlu liga seperti ini. Buang masa, buang tenaga. Tumpukan hanya kepada liga utama yang ada, supaya dapat semua idea dan tenaga digembleng bersama bagi meningkatkan imej bolasepak negara.

9. Status Bintang

Pemain-pemain harus diberi kelas, A, B atau C atau gunakan status 1, 2 atau 3 bintang yang menggunakan prestasi semasa mereka sebagai milestone. Seperti di liga luar seperti EPL, mereka ada Actim Index dimana setiap pergerakan mereka direkodkan seperti berapa jumlah gol dijaringkan, jumlah assist, hantaran tepat, hantaran tak sampai, jumlah save, tandukan, tackle, kad merah atau kuning dan segala data tentang perlawanan direkodkan, dengan ini kita dapat tahu pemain mana yang boleh bermain, pemain mana yang handal dan pemain mana yang buta kayu. Ini dapat mengurangkan isu-isu seperti pemain anak emas yang dilayan lebih dari orang lain semata-mata kerana dia ahli keluarga atau sekadar favouritisme. Pemain-pemain yang mewakili negara juga harus diberikan taraf yang lain dari mereka yang tidak mewakili negara. Jadi pemain-pemain ini akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mewakili negara. Tangga gaji juga harus diselaraskan mengikut status yang dicadangkan ini.

10. Endorsement dan ejen

Jikalau diperhatikan memang kurang penampilan pemain-pemain liga tempatan dalam iklan-iklan dan penjenamaan tempatan. Yang ada pun, Zakuan adik beradik dalam iklan Nike. Sepatutnya mereka ini diberikan peluang untuk menjadi duta kepada jenama-jenama yang ada dalam negara. Ini mungkin kerana ketiadaan ejen yang mencari peluang-peluang bagi pemain memaksimakan pendapatan mereka di luar kerjaya sebagai pemain bola sepak. Ini perlu kerana ia dapat mempelbagaikan komoditi bagi industri bola sepak sama seperti industri hiburan tanah air. Sekurang-kurangnya ini dapat membawa generasi sekarang mengenali who’s who dalam arena bolasepak tanah air.

Artikel ini telah ditulis oleh Aran, seorang peminat bola yang menyokong Liverpool Football Club untuk pertandingan anjuran BorakBola.Net – Blog Bola Sepak Terbaik Anda. Anda bolehlah membaca nukilan Aran di http://aranhellstorm.blogspot.com. Jika anda berminat untuk memenangi hadiah-hadiah menarik, sila baca syarat-syarat pertandingan kami di artikel ini.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tags: , ,

20 Responses to “10 Cadangan Untuk Liga Tempatan”

  1. BobbyT Says:

    Hi, nice suggestions. You really know your stuff about local football, down to the details like match tickets. I had never been to any stadiums to watch football, local or otherwise, and I find that your view about some tickets having sentimental values to some die-hard fans is so spot-on! Aran, keep up the good work, I actually plan to write here as long as I am welcomed by KakiBangku, I don’t just write for the competition. What about you? You are quite good at writing, should continue even after competition ends hehe :)

  2. KakiBangku Says:

    hehhe.of course everyone is welcome to write here.bobby t is most welcomed with aran and anyone else.aran’s article is one of the most detailed article i’ve ever wrote. and boby’s article does make some sense in terms of england squad selection.i’m honoured to have you guys writing for this blog

  3. aranhellstorm Says:

    bobbyT: thanks..it just some thoughts… actually i just plan to send every article i wrote about football to this site… because, i hope, this is a good first step and to have an independent website about Malaysian football or football generally and readers dont have to depend solely on FAM base or fan base website.

    thanks a lot mate :mrgreen:

  4. aranhellstorm Says:

    kakibangku: nanti kalu ade artikel yg lain, aku email ok?

  5. KakiBangku Says:

    aran:no problem.sorry 2 3 hari nie tak ada update terkini.agak sibuk dengan semester baru yang nak bermula.terima kasih kerana sudi melawat

  6. emet Says:

    Satu lagi aku nak tambah, liga tempatan pun kena ada Fantasy Football yang mcm aku main sekarang spt BPL, Champions League, dan European Cup! Amacam ok?! :D

  7. aranhellstorm Says:

    emet: tu yg den cdgkan buat mcm sistem actim index, sbb fantasy football yg kita main tu pun berdasarkan point dari actim index tu, btw, cdgn tu mmg bagus…tak terfikir pulak den… :smile:


  8. Warning: parse_url(http://) [function.parse-url]: Unable to parse url in /web/home/nazu23/html/wp-content/plugins/mbla/mbla.php on line 690
    kakibangku
    Says:

    to everyone, i am sorry for the lack of update.there are some internal problem that may cause the site to shut down.however be very clear that i will still give all the prizes i’ve promised to the participants.thanks for being patient

  9. kooreen79 Says:

    masalahnya..tak ramai pemain2 tempatanyg peminat kenal..setakat 2 3 kerat tu bolehla.. :grin:

  10. aranhellstorm Says:

    kakibangku: laa awatnya..?? internal problem? nih sama cam UMNOnyer internal prob ke? sampai nak kena shut down? tolong bg penjelasan… rasa dah best dah ade blog bola yg camni… to admin, komitmen anda terhadap arena bolasepak amat aku hargai, harap jgn la site ni berkubur begitu saja…

    btw, tentang hadiah itu jgn dirisaukan..kalau ada agenda lagi penting mcm menyelamatkan site ni dr kena shut down, dahulukan itu…tak dpt hadiah pun aku tak kisah bro…

    salam

  11. BangkuSimpanan Says:

    to aranhellstorm:mmg admin web nie,kakibangku, x der choice lain dan terpaksa tutup website nie.sbb tue sampai skrg no new update.wesbsite ini akan ditutup bkn diatas kemahuan admin.mmg internal problem.aku x leh nak kasik specific detail masalah dier la.kalu nak tau lanjut anda bleh email admin web ini.nnt akan aku berbincang ngan admin.buat sementara waktu nie no further update.i hope this site will remain as long as it can.we want to thank you all guys for the support that you guys give to us and this website.Just wait for the admin words regarding this matter.thank you.

  12. Anonymous Says:

    FAM LEBAB KESAN BAKAT PEMAIN :twisted:

  13. Anonymous Says:

    FAM LEMBAB KESAN BAKAT PEMAIN :twisted:

  14. otromen Says:

    jangan pilih kasih lah. pilih pemain yg betul2 ada bakat

  15. poppi Says:

    Lagi satu patut tambah….FAM patut masukkan wakil2 rasmi peminat setiap pasukan berada dalam MEETING ka KONGRES ka apa ka….bagi peminat bersuara masa tue…..tambah lagi FAM patut buat program anak angkat la…bagi kompeni GLC yang besar ambik alih pasukan2 dalam liga super…….tak pun syarat utama dalam liga super mana2 team mesti ada kompeni yang generate revenue..tak perlu nak bergantung tiket stadium….

  16. pengutuk setia FAM Says:

    mamang bodoh nye FAM..
    cosh dia orang da la sangap KONEK…hhahahahahahahahah

  17. BangkuSimpanan Says:

    poppi – program anak angkat tue mmg menarik. Memang FAM kene benarkan kompeni besar-besar beli team2 bola nie.baru la xder utang.ke kompeni GLC pn x berminat nk amek alih team2 liga M ni?

  18. Anonymous Says:

    :evil: planning la Gajah RImau pown..semuanya atas pemain tu sendri..klu lawan laos pown kalah..layak kena ludah je.

  19. BangkuSimpanan Says:

    pemain muda2 semangat..tp bile dh jd senior main hampeh..tp planning tue penting jgk..player power2 tp xder planning x gune jgk…

  20. SARU Says:

    SALAM SEJAHTERA PENGENDALI LAMAN INI,BERIKUTAN CADANGAN YANG DIBERIKAN OLEH SAUDARA IANYA MEMANG BENAR DAN HARUS DILAKSANAKAN,TETAPI CADANGAN UTK MENGHAPUSKAN LIGA2 PICISAN SEPERTI BARDHAN CUP DAN RAJA2 EMAS TIDAK SEPATUTNYA.KALAU LIGA SEBEGINI DIHAPUSKAN BAGAIMANA PULA LIGA2 DI ALAM PERSEKOLAHAN PATUTKAH TURUT DIHAPUSKAN?FIKIRLAH SAUDARA.KALAU PERKARA SEBEGINI BERLAKU DIMANKAH KITA HENDAK MENCARI ATAU MENCUNGKIL BAKAT MUDA UNTUK MENCEBURI BIDANG BOLA SEPAK.UNTUK MENJADI PEMAIN BOLA SEPAK YG BERJAYA KITA MEMERLUKAN DISPLIN,SEMANGAT DAN KEBOLEHAN TERSENDIRI,DARI MANA KITA NAK DAPATKAN PEMAIN2 PADA MASA AKAN DTG KALAU LIGA PICISAN DIHAPUSKAN.TAMBAHAN PULA SAMPAI UMUR 17 TAHUN KITA BELAJAR,JADI LEPAS BELAJAR BARU NAK MASUK SELECTION UTK MENJADI PEMAIN BOLA SEPAK SAYA RASA TERLALU LAMBAT LAH LAGIPUN TANPA PENGALAMAM KITA AKAN KECETEKAN ILMU SUKAN DLM BIDANG BOLA SEPAK.KALAU DAH JADI GITU MANE LA NAK MENCAPAI HASRAT MALAYSIA UNTUK KE PIALA DUNIA PADA WAWASAN 2020.JADI PANDANGAN SAYA LIGA PICISAN SEPERTI BARDHAN CUP,RAJA RAJA EMAS,LIGA TEMPATAN,PIALA PRESIDEN,LIGA FM SEMUA JANGAN DI USIK.KALAU BOLEH TAMBAH SIKIT LIGA SEBEGINI UTK MEMUPUK SEMANGAT ANAK MUDA AWAL AWAL LAGI DLM BIDANG BOLA SEPAK…….TERIMA KASIH

Leave a Reply