Asenal Jatuh, ManUtd Naik, Chelsea Rapat

By KakiBangku • Mar 17th, 2008 • Category: Liga England

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

pemaintermahaldunia.jpg

Minggu ini menyaksikan kejatuhan Arsenal dari takhta Liga Perdana England. Jeremie Aliadiere menjadi pemusnah harapan kelab lamanya apabila menjaringkan gol pembukaan buat Middlesbrough. Keputusan seri 1-1 buat The Gunners menyebabkan Manchester United memotong kedudukan Arsenal dengan perbezaan jaringan gol.

Derby County hampir-hampir menunjukkan keajaiban apabila berjaya mengekang jentera serangan Manchester United hingga minit ke 76. Namun begitu sekali lagi Cristiano Ronaldo menjadi penyelamat buat The Reds Devil dengan jaringan gol peribadi yang 31. Persembahan Ryan Giggs dalam perlawanan ini menjadi bahan kutukan peminat Manchester United. Dengan hantaran yang seringkali gagal dan tidak mampu mengelecek pertahanan lawan, Giggs kini menjadi liabiliti buat pasukan Old Trafford.

Sementara itu Chelsea Football Club mengekori rapat Manchester United dan Arsenal apabila berjaya menewaskan Sunderland di Stadium Of Lights. Kekurangan satu perlawanan dari Arsenal, kini Chelsea hanya ketinggalan 3 mata dari Arsenal dan Manchester United. Kali ini John Terry berjaya menjaringkan gol pertamanya semenjak Ogos 2006 sekaligus memberikan peluang buat Chelsea memenangi liga musim ini.

Fernando Torres terus menyerlahkan bakatnya apabila sekali lagi tersenarai dalam nama penjaring dalam perlawanan menentang Reading minggu ini. Dengan kekalahan Everton menentang Fulham, kini tempat terakhir ke Champions League hampir pasti menjadi milik The Reds. Ketinggalan 8 mata dari pendahulu liga dengan hanya baki 8 perlawanan, peminat Liverpool sekali lagi terpaksa berputih mata untuk sekurang-kurangnya memberi cabaran untuk kejuaraan liga.

Sementara itu dalam perlawanan antara 2 pengurus baru iaitu Sven Goran Erikson dan Juande Ramos, bekas pengurus England membuktikan yang dia lebih berpengalaman dari pengurus baru Totenham. Kemenangan 2-1 Manchester City ke atas Totenham di tempat sendiri sekurang-kurangnya akan memberi semangat buat pemain-pemain untuk sekurang-kurangnya mengejar tempat ke UEFA Cup musim depan.

Dengan hanya baki 8 perlawanan untuk mengakhiri musim ini, nampaknya kejuaraan liga hanya dapat ditentukan sehingga perlawanan terakhir. Siapakah yang akan berjaya merangkul kejuaraan idaman setiap pemain dan pengurus ini? Mampukah Arsenal bangkit untuk mencari kembali jalan kemenangan? Adakah Chelsea mampu membuat kejutan di saat-saat akhir?

Sama-samalah kita saksikan bersama-sama di BorakBola.Net - Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , , , , , ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

18 Responses »

  1. bro..
    hantar e-mail ko dan username pilihan ko…
    ak nk bg ko jadi author..

    admin htp://borakmanutd.com
    JOM BORAK

  2. aku harap next season, liverpool akan memberi tentangan yg jauh lebih senget…!!

    YNWA

  3. nex season punya bola, nex season la citer!!!season ni pon x abis lg la…kekekeke!

    -Glory Glory Man Utd

  4. aYut..insya Allah. Satu sebab aku membenci fan Man Utd, derang nih bongkak tak ingat…mcm org Be End jugakk… (sori owner, tmasuk sket bab politik plak dahh…) :cool:

  5. takpe2.digalakkan untuk menyokong pasukan masing-masing.masuk bab politik pun takpe.heheh.yang penting gaduh2 dalam nie jer.jumpa real life member kamcing.tue baru org kata lelaki sejati

  6. @ aran
    kekekeke…adoi!!tp gua x sokong Be End gak…gua neutral!!sape bgus, gua puji la ek!!

    @ kakibangku
    hehehe…walo pon smua org minat team masing-masing!tp yg penting, kita semua minat bola!!so btol kata kaki bangku..gado dlm ni je!jumper real life, mmber kamcing la!kekeke

  7. hehehe…itu gua sokong! bola memang no 1!

  8. arsenal jgan jual adebayor…………….

  9. sapa2 tahu permain bru arsenal bgitaulahhhhhhh……..
    :twisted:

  10. arsenal.. beli pemain belanda n spain..

  11. :shock: :twisted: adebayor tak dijual..dia yg nak keluar..main ngan kelantan..musim ni.. :lol:

  12. ekeleh…,tak mainlah kelantan….,,,sape permain belanda tu..,kalau permain msia taulah…SAYE la.he.3x.hleb join barcalona,,,pembelot..,saye sygkan awk sye,,,noria…,,jiwanglah pulak.. :razz:

  13. noria,,mak kolllllllll…,.,, :oops:

  14. nang ada b kaka mlaya

  15. owg kacak bah…ehm….he3x

  16. lambt na jak orang dara naip ko….,,,owg bjang kejap jak,,b xpat lmk lak chhat tok,,mak dtg xlmk gk, :mrgreen:

  17. arsenal menang u….,1-0

  18. cinta aku memang cinta 3segi…..sedh aku mengenang…,,keksh lmanya lbh baik dri aku,,ada tip tak.. :sad:

Leave a Reply

Note: This post is over 5 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.