Arsenal, Liverpool Tersungkur
By KakiBangku • Dec 10th, 2007 • Category: Liga EnglandJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.
Minggu ke 16 Liga Perdana England menyaksikan Arsenal @ The Gunners dan Liverpool @ The Reds tersungkur di tangan Middlesbrough dan Reading. Rekod tanpa kalah Arsenal di dalam liga akhirnya berjaya dihancurkan jua akhirnya. Kini hanya 1 mata membezakan Arsenal dan Manchester United sambil Chelsea terus menunjukkan kebangkitan mereka dengan mengekori rapat dengan ketinggalan 3 mata sahaja.
Berita kecewa buat penyokong Liverpool apabila tewas mengejut kepada pasukan kerdil Reading. Kegagalan mengutip 3 mata penuh menyaksikan The Reds kini tertinggal 7 mata di belakang Arsenal. Walaupun menurunkan Torres dan Gerrard sebagai kesebelasan utama, ternyata minda pemain-pemain Liverpool kini ada pada perlawanan Champions League menentang Marseille.
Manchester United @ The Reds Devil mudah menewaskan pasukan tercorot Liga England, Derby County dengan keputusan 4-1. Walaupun begitu, kemenangan ini dicemari dengan aksi ‘diving’ Cristiano Ronaldo yang jatuh dengan mudah di dalam kotak penalti. Malah Ronaldo bersikap dingin menolak permintaan Carloz Tevez yang ingin menyempurnakan hatriknya. Rekod peribadi buat Ryan Giggs kerana berjaya menjaring gol keseratusnya dalam Liga England apabila membuka jaringan buat Manchester United.
Tahniah buat pembaca yang membuat pembelian bijak membeli Yakubu untuk pasukan liga fantasy mereka. 3 gol menentang Fulham ternyata membuktikan yang Yakubu adalah antara penyerang berbisa Liga England masa ini. Bolton pula terus bangkit di bawah kendalian pengurus baru mereka, Sam Megson dengan kemenangan 4-1 menentang Wigan. Namun begitu mimpi buruk buat Anelka kerana gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Kini Liga Perdana England akan tiba di fasa yang sangat penting buat 2 minggu berikutnya. Dengan jadual yang padat dan perlawanan-perlawanan yang penting, keupayaan pemain dan juga pengurus pasukan akan benar-benar teruji dalam masa terdekat ini.
Jangan lupa saksikan perlawanan hebat minggu ini Liverpool vs Manchester United dan Arsenal vs Chelsea.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku
waaaaa!!!! peluang nak cucuk angin arsenal terlepas begitu saje psl kalah ngan reading… Steve Coppel juga membuktikan di bukan mcm manager lain, takde sistem alternatif…
Ape pun tahniah buat Reading…aku kechiwa!
aku pun kecewa…waaaa!!!da la tgk live…aaarrgghhh !! cirit or die !!
YNWA
tue la keluarkan lagi gerrard.ihik.kan dah kalah :P:P
adat permainan.ada kalah ada menang.tak lah kecewa sangat kalau pikir camtu.team reading tu pun boleh tahan gak.tangga ke8 pada musum lps.
hmm..harap-harap kekalahan ini akan ditebus bila lawan marseille nanti. ramai jugak penyokong liverpool ek
makin hangat khabar angin benitez akan dipecat nie. apa pendapat penyokong2 liverpool?