Mengejutkan.
Terkesima juga diri ini apabila sedar-sedar dari tidur semasa sedang menonton Arsenal menentang Hull City kedudukan sedang seri 1-1.
Ah, lepas ini mesti Arsenal leading balik, fikir hatiku sambil melelapkan mata sekali lagi.
Bangun sekali lagi, makin terkejut apabila Arsenal sedang ketinggalan 2-1. Terus segar kedua-dua biji mata ini. Akhirnya Arsenal tewas kepada pasukan baru Hull City di Emirates Stadium.
Sebelum itu sempat juga menyaksikan Liverpool membenam Everton hasil jaringan 2 biji gol dari Fernando Torres. Nampaknya Torres dah kembali berbisa. Mungkin sudah tiba masanya untuk membeli Torres dalam Fantasy Football English Premier League.
Habis game Liverpool sambung tengok Manchester United vs Bolton. Kontroversi terjadi apabila Cristiano Ronaldo dijatuhkan(baca:pura-pura jatuh) dan mendapat sepakan penalti.
Ulang tayang video ternyata “tackle” yang dilakukan tepat kena pada bola, tak ada sentuhan langsung dengan Ronaldo. Penalti disempurnakan dan Wayne Rooney menambah sebiji lagi gol untuk The Red Devils.
Sementara itu tiada kejutan daripada Stoke City(yang berjaya mengikat Liverpool seri) apabila tewas kepada Chelsea 2-0. Ada kontroversi juga apabila Bosingwa sebenarnya mengawal bola dengan tangannya semasa menjaringkan gol pertama buat Chelsea.
Nampaknya minggu ini English Premier League dipenuhi dengan kontroversi-kontroversi hangat. Mutu pengadilan juga semakin jatuh. Adakah sudah tiba masanya untuk teknik ulang tayang video digunakan dalam bola sepak?
Yang pentingnya kejutan paling besar minggu ini ialah kekalahan Arsenal di tangan Hull City di tempat sendiri. Mesti Arsene Wenger tengah bengang sekarang ini. Memang kena maki hamun pemain-pemain Arsenal dalam bilik persalinan lepas game tue. Confirm.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
Tags: arsenal, Hull City, manchester united, Referee

September 28th, 2008 at 6:47 am
terkejut aku dgr arsenal kalah, ingat dah leh menang mudah sbb kelab baru…
nampaknya kena buang istilah big four…
ps: berbatov dah semakin maju…tunggu score next game
September 28th, 2008 at 8:29 pm
hai.. bolehkah saya ingin tahu bagaimana awak buat website ini?
September 28th, 2008 at 9:39 pm
Rob Styles sekali lagi buat keputusan yg salah dan mempengaruhi keputusan permainan… (ingat: LFC v Chelsea season lepas)
Apepun, team gua menang bro.. YNWA! heh