Arsenal, 5 Mata Di Puncak

By KakiBangku • Feb 12th, 2008 • Category: Liga England

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

arsenal.jpg

Kelab Liga Perdana England, Arsenal kini selesa mendahului kedudukan liga dengan kelebihan 5 mata berbanding pencabar terdekat mereka, Manchester United. Dengan perlawanan The Gunners menentang Blackburn dilangsungkan selepas mengetahui kekalahan Manchester United dengan Manchester City, ternyata pemain Arsenal menggunakan sepenuhnya peluang tersebut untuk menjarakkan diri mereka di puncak liga.

Gol jaringan Senderos dan Emmanuel Adebayor meranapkan impian Blackburn untuk membuat kejutan terhadap skuad muda Arsenal di Emirates Stadium. Ternyata pemain-pemain muda Arsenal tidak tunduk di bawah tekanan selaku pendahulu liga. Kematangan The Gunners sekali lagi terbukti dengan deretan kemenangan apabila seteru utama mereka masing-masing mula menunjukkan konsetrasi yang kurang.

Sambutan kali ke 50 untuk tragedi Munich gagal disajikan dengan kemenangan sebagai tanda menghormati pemain-pemain yang terkorban dalam tragedi tersebut. Sebaliknya Manchester City dengan ‘man of the match’ Dietmer Hamman berjaya mengekang jentera serangan The Reds sepanjang perlawanan.

Ketiadaan Wayne Rooney yang digantung satu perlawanan akibat memungut 5 kad kuning ternyata membawa padah kepada pasukan Manchester United. Dengan Cristiano Ronaldo diletakkan untuk bergandingan dengan Carlos Tevez, bahagian serangan The Red Devils gagal menembusi benteng pertahanan City. Adakah Sir Alex Ferguson telah membuat kesilapan dengan tidak membeli penyerang baru semasa musim perpindahan bulan Januari baru-baru ini?

Chelsea dan Liverpool sekadar seri tanpa jaringan dalam perlawanan yang amat hambar. Keputusan ini tidak akan menyebelahi Liverpool. Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard berterus terang menyatakan yang mereka kini hanya berjuang untuk mendapatkan tempat ke 4 liga untuk melayakkan diri ke Champions League.

Kemenangan Everton kini membawa pasukan kecil ini di tangga ke 4 Liga Perdana England. Walaupun Tim Cahill dan Mikel Arteta, 2 tonggak utama pasukan berjersey biru ini kurang menyerlah dalam perlawanan menentang Reading, ternyata komitmen pemain lain menjadi punca kemenangan mereka.

Adakah Arsenal akan terus bertakhta di puncak liga? Mampukah Liverpool mendapatkan tempat terakhir ke Piala Juara-Juara? Kita selaku peminat bola sepak liga England, hanya mampu berharap akan musim kali ini cepat berakhir untuk mendapat jawapan bagi persoalan persoalan tersebut.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , , , , ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

One Response »

  1. lah kejap je tu..lepas nie arsenal ade byk game away..tak mungkin diorang menang semua….jgn ingat man u ngan arsenal je ade peluang nk menang EPL…watchout 4 chelsea…though Im not fucking chelsea fan

Leave a Reply

Note: This post is over 6 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.