BorakBola.Net dengan kerjasama daripada peminat bola sepak wanita telah membuat satu survey untuk menentukan siapakah pemain bola sepak yang menjadi pujaan mereka. Kertas undian telah diedarkan, pengundi telah mengundi dan akhirnya keputusan telah berada di tangan editor BorakBola.Net. Kini kami bersama-sama ingin berkongsi wajah-wajah 5 pemain yang berjaya menawan jutaan peminat wanita.
1. Iker Casillas, Real Madrid

Iker Casillas berjaya memegang takhta pemain bola terkacak dunia apabila bilangan undi selesai dikira. Asset utama penjaga gol Real Madrid ini adalah bulu keningnya yang tebal dan bentuk mukanya yang nampak gagah. Kemungkinan besar pengundi wanita tewas di tangannya apabila gayanya menarik seluar hingga ke paras paha semasa menjaga gawang golnya.
2. Cesc Fabregas, Arsenal

Fabregas bukan sahaja mendominasi ‘midfield’ Liga Perdana England tetapi juga menguasai kebanyakan hati peminat bola sepak wanita. Dengan wajah ‘babyface’nya dan senyuman seperti seorang pelajar tingkatan 3, ternyata Fabregas layak memegang takhta naib juara. Faktor lain yang menyebabkan undian berpihak kepadanya ialah gaya rambutnya yang sentiasa kemas dan rapi walaupun ketika berada di atas padang.
3. Cristiano Ronaldo, Manchester United

Apabila ditanya kepada para pengundi apa yang mereka minati tentang Cristiano Ronaldo, kesemuanya dengan malu-malu menjawab tubuhnya yang sasa. Apabila melihat gambar di atas, BorakBola.Net tidak dapat menafikan kenyataan tersebut. Malah baru-baru ini Ronaldo sendiri mengakui di dalam buku biodatanya yang dia sedar bahawa dia adalah seorang lelaki yang tampan dan sexy. Mungkin keyakinan tentang diri sendirinya yang tinggi menambahkan lagi undian terhadap pemain ini.
4. Xabi Alonso, Liverpool

Walaupun musim ini, Xabi Alonso tidak banyak beraksi di atas padang untuk Liverpool akibat kecederaan, namun para peminat wanita masih tidak dapat melupakan wajahnya yang ‘innocent’. Kehebatannya di padang berterusan hingga ke hati-hati wanita dengan hidungnya yang mancung menjadi asset utama. Ada seorang peminat wanita membisikkan kepada BorakBola.Net yang janggut dan misainya sering dicukur rapi merupakan punca utama dia mengundi Xabi Alonso.
5. Kasper Schmeichel, Manchester City

Baru sahaja beraksi untuk kesebelasan utama Manchester City, ternyata peminat-peminat bola sepak wanita telah lama memerhatikan pemain ini. Wajahnya yang kebudak-budakkan ternyata menjadi tarikan utama. Malah darah Denmark yang mengalir di dalam badannya ternyata membuatkan wajahnya sekacak ayahnya dahulu, Peter Schmeicel.
Jangan lupa untuk mengundi sekali lagi apabila undian untuk kategori ini sekali lagi dibuka. Undilah yang anda minati untuk menentukan juara pujaan anda.
Artikel ini diambil dari laman web Kickette.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
Tags: 5 most handsome football player, cesc fabregas, cristiano ronaldo, iker casillas, kasper schmeichel, kickette, xabi alonso

December 11th, 2007 at 3:33 pm
ops tertinggal yg no. 6…
ahmad nazuwan amran….
hehe..
bukan saja kacak malah..
hebat gagah perkasa…
December 11th, 2007 at 11:59 pm
haha…sokong saudara dk!!! lg 1 die dikenali sbgi smile killer . mampu mencairkan wanita2 di sekeliling
December 12th, 2007 at 1:47 am
lelaki x leh undi ke??klo bole mesti nazuan bkn di tmpt ke enam..mesti No.1
December 12th, 2007 at 1:07 pm
Torres jambu apa?? heh
December 12th, 2007 at 8:35 pm
ermmm tu aa apa kata webmaster buat poll..
leh kita undi nazuwan tu..
dia mmg hensem…
malah berbakat besar….
shoot bola x pandang goal..
pandang kepada peminat.. n shoot
n goal..hebat kan..
December 13th, 2007 at 10:11 am
Apsal tak masukkan abbas saad, alister edward, zoran nikolic, evin boban, tony cotte….emm…lagi olibumi adigun…
December 17th, 2007 at 9:26 pm
saya kenal ahmad nazuan nih lama dah.mmg kacak.kalaupon die duduk di bangku penyokong…org akan tau gak yg die nih player bola sepak.sbb kekacakan yg diatas padang tuh akan kekal jugak walau kemana dia berada.hmmm…semoga rohnya dicucuri rahmat
January 24th, 2008 at 10:29 am
[...] habis dengan kajian yang dilakukan terhadap diorang. Kalau dulu saya ada menulis tentang artikel 5 pemain terkacak dunia, kini laman web ThePeopleClub dengan beraninya mengeluarkan senarai 20 pemain terburuk dunia. Dalam [...]
September 19th, 2008 at 3:03 pm
huhuhu.Stuju but npe lark ikker kt ats?Pttnyer no.1=fabregas,second cr7 n third bru ikker!
September 19th, 2008 at 3:05 pm
November 3rd, 2008 at 3:04 pm
oiiiiii….mana no.6 nya pak…??????no.6 kan WAYNE ROONEY (MU)….ISHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
March 31st, 2009 at 12:21 pm
eh…..trus SG8(steven gerrard)ditaro mana?
kok gak di CANTUMIN?
hehehehehe,,,,,,
March 31st, 2009 at 12:25 pm
HALLLOW???sang legenda baru BARCELONAnya mana,Buk??
yapzzzzz,,,,,
LIONEL MESSI 10”””’
April 8th, 2009 at 6:37 pm
nak tahu siapa pemain terkacak di dunia…takkan orang yang lama lagi..
April 8th, 2009 at 6:47 pm
April 10th, 2009 at 11:04 am
Nk tau sape pmain yg tkacak dunia? Mst la torres…bro!
May 23rd, 2009 at 7:37 pm
emm..? korang nee dok puji org len bua pa..
bek puji sndiri we..r..de…playerr.. we..r..de..hnsemm…mac2..hnsem.. on de wolrd…
October 24th, 2009 at 6:54 pm
hurmm
aq ngan casillas 2 adq bradiq..
die 2 kacukan darah mak bapak aq jgak
hahaha
December 5th, 2009 at 2:42 pm
aku raser ronaldo patut jadi rangking no.1…hehehe…nombor dua aku…
December 5th, 2009 at 2:45 pm
aku raser ronaldo patut jadi rangking no.1…hehehe…nombor dua aku…
February 26th, 2010 at 9:13 pm
dlm lime2 tu ak tngk casilas jer paling hensem