5 Pemain Bakal Menggegar 2008
By KakiBangku • Jan 9th, 2008 • Category: Artikel Terbaru, Lain-LainJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.
Dengan berakhirnya tahun 2007, 2008 menjanjikan pelbagai aksi menarik terutamanya dengan bersambungnya semula Liga Juara-Juara dan Euro 2008. Dengan 2007 menyaksikan kebangkitan pemain-pemain muda yang kurang dikenali, kini BorakBola.Net membawakan anda 5 pemain muda yang bakal memberikan impak maksima kepada dunia bola sepak di tahun 2008 ini.
Karim Benzema, 20 tahun, Penyerang, Lyon

Penyerang Perancis ini dinamakan oleh Arsene Wenger sebagai ‘immense revelation’ apabila menjaringkan 12 gol dalam 16 perlawanan untuk kelabnya Lyon. Menjadi rebutan Real Madrid, Arsenal dan Manchester United, Benzema sudah pun mewakili Perancis di peringkat senior dan menjaringkan 3 gol dalam 8 perlawanan untuk Les Bleus.
Alexandre Pato, 18 tahun, Penyerang, Ac Milan

Bayaran 15 juta pound telah dikeluarkan oleh kelab AC Milan untuk membeli penyerang muda yang digelar ‘The Duck’ ini. Walaupun tidak boleh membuat penampilan sulungnya sehingga 3 Januari baru-baru ini, kesanggupan AC Milan untuk membuat pembelian terhadap Pato ternyata berasas apabila pengurus Brazil(Dunga) menggelar pemain ini sebagai ‘The New Ronaldo’.
Sergio Agüero, 19 tahun, Penyerang, Atletico Madrid

Dengan pemergian Fernando Torres ke Liverpool, pemain muda Argentina ini mula menunjukkan belangnya apabila diberi peluang beraksi sebagai penyerang utama. Salah seorang pemain muda yang digelar ‘The Next Maradona’, Aguero sudah pun menjaringkan 12 gol untuk Atletico buat musim ini. Harga pemindahan sebanyak 15.75 juta pound dari kelab Independete nampaknya cukup berbaloi buat Atletico Madrid.
Breno, 18 tahun, Pertahanan Tengah, Bayern Munich

Nilai 8.5 juta pound untuk seorang pemain pertahanan muda adalah amat tinggi. Namun begitu Bayern Munich tidak ragu-ragu mengeluarkan wang sebanyak itu untuk mendapatkan khidmat pemain muda Brazil ini. Telah mula beraksi sejak 1 Januari 2008 ini, Breno dianggap prospek yang amat berbakat besar oleh bekas pemain Brazil, Giovanni Elber.
Lucas Leiva, 20 tahun, Pemain Tengah, Liverpool

Inilah pemain muda yang menggantikan Steven Gerrard semasa perlawanan menentang Everton pada tahun 2007. Seangkatan dengan Anderson, pemain dari Manchester United, corak permainan pemain Brazil ini dikatakan serupa dengan Steven Gerrard. Sudahpun membuat ‘debut’nya untuk Liverpool pada tahun 2007. Tahun 2008 menjanjikan lebih banyak aksi menarik dari pemain ini.
Jika ada lagi pemain muda yang pembaca rasakan mampu menggegarkan lagi dunia bola sepak pada tahun 2008 ini, jangan segan-segan untuk berkongsi bersama kami.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku
akkhirnya dpt gak tengok Pato main. bole la compare antara dia dgn vela siapa lagi power
vela? siapakah itu vela?
http://www.youtube.com/watch?v=MuIJkWbKI7U
ini vela. mcm fabregas dia menang anugerah golden boots ms youth world cup
macam power gak dia nie.hohoh