
Liverpool pulang ke Anfield dengan 3 mata dan kelayakan ke pusingan kedua Champions League selepas menewaskan Marseille 4-0. The Reds menguasai perlawanan dengan jaringan dari Steven Gerrard, Fernando Torres, Dirk Kuyt dan Ryan Babel. Ternyata yang pengurus Liverpool, Rafael Benitez adalah expert di dalam perlawanan Champions League berbanding dengan English Premier League.Segala tekanan dan harapan peminat The Reds ini berjaya dipenuhi oleh pemain-pemain Liverpool. Dalam awal permainan, sepakan penalti gagal disempurnakan oleh Gerrard namun captain marvel ini berjaya menolak masuk bola tepisan penjaga gol Marseille. Dari situ, kesemuanya nampak mudah dengan Fernando Torres menunjukkan skill peribadi yang tinggi mengelirukan pertahanan lawan dan menjaringkan gol kedua Liverpool.
Namun begitu berita buruk menanti buat peminat The Reds. Untuk pusingan kedua Champions League kali ini, disebabkan menjadi naib juara kumpulan, Liverpool berkemungkinan besar akan menentang Real Madrid, Barcelona, Inter Milan, AC Milan ataupun Sevilla. Hanya Sevilla sahaja yang mampu dilihat sebagai pasukan mudah untuk dimenangi, dengan 4 pasukan lain mempunyai rekod yang mengkagumkan dalam Champions League.
Kini dengan kelayakan ke 2nd round Champions League telah berjaya dicapai, semestinya para peminat bola sepak England akan tertumpu untuk perlawanan besar hujung minggu ini di antara Liverpool dan Manchester United. Pasukan The Reds Devil dilihat mempunyai kelebihan dengan merehatkan hampir kesemua pemain utama mereka untuk perlawanan menentang AS Roma.
Sekiranya Rafael Benitez menurunkan kesebelasan utama yang sama dengan perlawanan menentang Marseille ini (perkara yang agak ajaib sekiranya berlaku), kita boleh mengharapkan suatu perlawanan klasik di antara kedua-dua pasukan berbaju merah ini. Pertembungan yang ditunggu-tunggu sudah tentu di antara pemain baru Liverpool, Fernando Torres dengan benteng pertahanan Manchester United yang dikepalai oleh Nemanja Vidic.
Ramalan penulis, seri 2-2. 4 gol khas buat peminat bola sepak.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
Tags: anfield, champions league, dirk kuyt, fernando torres, liverpool, liverpool football club, Marseille, rafael benitez, ryan babel, Steven Gerrard, the reds

December 12th, 2007 at 9:26 pm
hidup gerrard… ramalan ku 3-1
December 13th, 2007 at 10:06 am
Dalam keadaan yang genting Rafael Benitez mmg menjadi di Champions League….tetapi entah apa “kejadahnya” yang berlaku di English Premier League…dah bertahun2 tak mampu mencapai kejayaan…kita tengok tahun ni cemana?
December 13th, 2007 at 12:09 pm
yup.rafa benitez lebih dikenali sebagai one match tactician.sebab tue kalau utk champions league confirm dia leh menangnya.premier league payah skit
December 13th, 2007 at 4:02 pm
Musim ni semacam ada kelainan dlm team Rafa utk Premiership… mungkinkah musim ini milik the Reds? ramalan 2-0
December 14th, 2007 at 1:24 am
2-0 Babel satu+Torres satu
December 15th, 2007 at 8:32 pm
hmmm…sama-sama kita tunggu dan lihat esok.season lepas liverpool kalah 1-0 ngan manutd.apakah kesudahan game ahad ini?
December 17th, 2007 at 3:43 am
yihaaaaaaaa.manchester menang 1-0..ciannya liverpool
December 17th, 2007 at 5:35 am
perit2…argh!!!
January 30th, 2008 at 11:04 am
ni blog bola LiVERPOOL!!
January 30th, 2008 at 9:01 pm
what’s wrong with that??!!…lol
October 15th, 2009 at 12:57 pm
March 12th, 2010 at 10:45 pm