Majlis Pelancaran Jersi Baru Skuad Malaysia

Filed under: Bola Sepak Malaysia by: KakiBangku

BorakBola.Net pada Sabtu lepas telah diundang untuk menghadiri sesi majlis pelancaran jersi skuad kebangsaan Malaysia yang baru tajaan Nike. Nantikan update beserta gambar-gambar di majlis tersebut untuk tatapan anda semua. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nike kerana berbesar hati menjemput BorakBola.Net ke majlis tersebut.

Perkembangan Terkini Skuad Kebangsaan Malaysia

Filed under: Bola Sepak Malaysia by: KakiBangku

Atas kesibukan bekerja baru baru ini saya gagal memberi laporan terkini tentang perkembangan skuad bola sepak Malaysia seperti yang pembaca harapkan. Mohon maaf banyak-banyak dan kini saya mengambil peluang untuk memberikan informasi terkini kepada anda semua.

Mengikut saudara Poning di bahagian komen, pasukan Malaysia kini sudah layak ke separuh akhir Piala Grand Royal dengan membelasah pasukan Vietnam junior 3 gol berbalas 0. Anda boleh membaca komen saudara poning untuk maklumat yang lebih lanjut.

Jika ada para pembaca berminat untuk menulis di sini, saya amat alu-alukan dan sila hubungi saya menggunakan laman hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih.

Minggu Ini Dalam English Premier League

Filed under: Liga England by: KakiBangku

Kejutan terbesar pastinya dengan kekalah Arsenal kepada Aston Villa 0-2 di tempat sendiri. Dengan Liverpool, Chelsea dan Manchester United menang perlawanan masing-masing, Arsenal jatuh ke tempat ke 4 dengan berkongsi 23 mata dengan Aston Villa.

Sementara Manchester United menang besar ke atas Stoke City 5 gol berbalas 0 dengan 2 jaringan cantik hasil free kick Cristiano Ronaldo. Chelsea juga menang mudah 3-0 ke atas West Brom dan Liverpool menundukkan Bolton 2-0.

Nampaknya Arsenal gagal mempamerkan konsistensi dengan Steve Sidwell kini dengan beraninya mengakui yang sesiapa sahaja boleh menang ke atas Arsenal sama ada di Emirates atau di tempat sendiri. Malah dalam perlawanan menentang Aston Villa, Fabregas juga gagal menyerlah akibat ketiadaan defensive midfielder seperti Mathieu Flamini yang mampu mengcover aksinya.

Dengan Chelsea dan Liverpool berkongsi 32 mata di puncak liga, nampaknya pertarungan merebut Liga Perdana England musim ini akan bertambah sengit. Siapakah yang akan berjaya dan siapakah yang akan tewas dalam tekanan?

Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Arsenal vs Manchester United Minggu Ini

Filed under: Liga England by: KakiBangku

vs

Atas kertas, kunjungan Manchester United ke Stadium Emirates minggu ini pasti akan membawa luka dalam kepada anak buah bimbingan Arsene Wenger. Masih segar dengan kekalahan kepada Stoke City, The Gunner pasti akan cuba untuk mendapatkan kemenangan terhadap seteru utama mereka untuk mengembalikan kembali semangat yang semakin pudar.

Namun begitu, dengan senarai pemain yang tidak dapat beraksi akibat kecederaan dan kad merah ternyata membimbangkan buat Arsenal. Dengan Manchester United hampir pasti dapat menurunkan kesebelasan utamanya, Arsene Wenger terpaksa memerah otak untuk menyenaraikan pemainnya.

Theo Walcot, Robin Van Persie, Mikel Silvestre dan ramai lagi hampir pasti tidak dapat beraksi untuk perlawanan English Premier League yang ditunggu-tunggu minggu ini. Mampukah Manchester United mengambil peluang meleburkan hasrat Arsenal untuk sekurang-kurangnya bangkit dari siri kekalahan mereka?

Jangan lupa saksikan pertembungan hebat EPL minggu ini pada hari Sabtu di saluran Astro anda antara Arsenal dan Manchester United.

Mimpi Buruk Buat EPL di dalam Champions League

Filed under: Liga Juara-Juara by: KakiBangku

Jika 2 minggu lepas didominasi dengan berita-berita kemenangan English Premier League Clubs d Champions League/Piala Juara-Juara, minggu ini ternyata mimpi buruk buat kesemua English Premier League Club.

Tiada satu kelab English pun yang berjaya mencatatkan kemenangan terhadap lawan masing-masing minggu ini. Paling teruk buat Chelsea apabila dibelasah oleh AS Roma di tempat lawan. Ternyata hasrat Luiz Felipe Scolari yang ingin menempah terus hotel di Roma untuk perlawanan akhir perlu ditangguhkan terlebih dahulu.

Sementara itu Liverpool, Arsenal dan Manchester United masing-masing diikat seri oleh lawan mereka. Liverpool memerlukan sepakan penalti pada minit akhir perlawanan dari Steven Gerrard untuk memastikan mereka tidak pulang dengan kekalahan menentang Atletico Madrid.

Manchester United juga memerlukan tandukan dari Ryan Giggs pada minit ke 83 setelah ketinggalan di belakang Celtic sejak minit ke 13. Manakala Arsenal terpaksa berpuas hati dengan keputusan tanpa jaringan dengan Fenerbahce di tempat lawan.

Nampaknya masih tiada kelab English yang telah berjaya menempah tempat ke perlawanan pusingan kedua Champions League. Hanya satu kemenangan lagi yang diperlukan oleh kesemua kelab ini. Terpaksalah mereka menunggu perlawanan seterusnya yang akan berjalan 2 minggu dari sekarang.

Post-Mortem Pesta Bola Merdeka 2008

Filed under: Bola Sepak Malaysia by: KakiBangku

Pesta Bola Merdeka 2008 baru sahaja berakhir 2 minggu yang lepas. Pasukan tuan rumah, Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan dan terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tewas kepada Vietnam pada penentuan sepakan penalti.

Antara perkara-perkara utama yang boleh diambil positif dan negatif untuk skuad kebangsaan bola sepak Malaysia pada pertandingan kali ini ialah:-

  • kebuntuan idea untuk membolosi gol lawan di dalam keadaan terdesak. Masalah ini ketara pada perlawanan akhir di mana pemain-pemain Malaysia kerap melambungkan bola tinggi ke kotak penalti Vietnam. Tidak ada kepelbagaian.
  • sifat over-confidence. Apabila membelasah lawan di peringkat kumpulan dan separuh akhir, pemain terlalu yakin akan menang mudah di perlawanan akhir. Akibatnya over-confidence ini memakan diri.
  • benteng pertahanan yang kukuk. Gabungan Zamani Misbah dan Aidil ternyata berhasil. Tiada gol yang diboloskan dari masa perlawanan biasa sepanjang temasya Pesta Bola Merdeka 2008 berlangsung.
  • penjaga gol Malaysia tidak diuji. Akibat ketumpulan jentera serangan lawan dan kehebatan centre back kita, keupayaan sebenar penjaga gol tak dapat ditentukan. Yang penting dia sangat lemah dalam sepakan penalti.
  • Sathia menyatakan rindunya pada khidmat Akmal Rizal. Mungkin kekurangan pengalaman di peringkat antarabangsa penyerang kita sekarang menyebabkan tewasnya Malaysia di perlawanan akhir.
  • tidak stick pada game-play. Mungkin nervous atau tertekan semasa perlawanan akhir, Malaysia nampak terlalu terdesak untuk menjaringkan gol sehingga kadang kala terlalu mempercepatkan permainan. Sathia perlu terapkan kekuatan mental yang lebih kepada pemain-pemain.
  • penyerang tidak tajam di depan pintu gol. Terlalu banyak peluang yang dilepaskan. Di perlawanan akhir misalnya, banyak peluang Indra Putra terhidang di depan mata. Sama ada reaksi yang terlalu lambat atau membuat keputusan yang salah menyaksikan peluang terlepas begitu sahaja.

Pada pendapat saya yang masih mentah dalam bola sepak Malaysia ini, pasukan yang dibentuk Sathia ini adalah antara pasukan terbaik yang Malaysia pernah ada. Walaupun Pesta Bola Merdeka 2008 hanya didatangi oleh pasukan-pasukan ranking rendah dan juga Under 23, namun mutu permainan negara kita boleh dikatakan jauh lebih meningkat berbanding dulu.

Kini kita sudah ada asas benteng pertahanan yang kukuh, kekuatan barisan tengah yang mantap dan penyerang yang mampu menjaringkan gol. Dengan Piala AFF bakal menjelang, Malaysia perlukan lebih banyak perlawanan persahabatan untuk memantapkan lagi persefahaman dan menimba pengalaman.

Kita tunggu dan lihat macam mana gaya persembahan skuad bola sepak Malaysia di Piala AFF Disember ini. Pastikan anda mengikuti kami untuk mengetahui jadual dan keputusan terkini Piala AFF kelak.

Man Utd Bikin Gempar, Liverpool Lebur

Filed under: Liga England by: KakiBangku

Fuh, berdebar jantung tengok game Manchester United lawan Hull City semalam. Dah elok-elok leading 4-1 separuh masa kedua, tiba-tiba je Hull City boleh kejar sampai 4-3. Geram pun ada jugak rasa. Elok-elok boleh tambah 3 goal difference, tengok-tengok dapat 1 jer. Tue pulak dengan Hull City. Ish jatuh maruah walaupun Arsenal pun kalah dengan The Tigers.

Nasib baik ada berita gembira buat peminat Manchester United macam aku nie. Liverpool kalah dengan Totenham kat White Hart Lane. Mula-mula nampak macam nak menang sebab Cik Dirk Kuyt(Cik Kunyit) awal-awal lagi dah bakar line score sebijik.

Sekali tue bisa Harry Redknapp(pengurus baru Totenham) memang menjadi. Terkulai jugak Liverpool kat tangan dia 2-1 dengan jaringan di saat-saat akhir perlawanan. Kesian pun ada jugak rasa.

Chelsea pulak macam biasa membelasah Sunderland 5-0. Time tengok gol-gol jaringan The Blues nie ada gak syak wasangka offside yang melampau timbul. Tapi nak buat macam mana. Diorang memang power pun. Terpaksa terima kenyataan.

Oh sebelum terlupa, Arsenal kalah dengan Stoke City. Atau lebih elok dikatakan kalah dengan balingan jarak jauh Delap. Memang jauh beb dia baling. Leh sampai gol tue dari tepi. Tak caya gi tengok replay gol Stoke. Dua-dua pun mamat Delap nie assist dari throw in.

Macam-macam drama game minggu nie. Tapi yang penting tak sia-sia berjaga tengok game. Banyak gol minggu nie. Tahniah buat pasukan kegemaran anda yang menang.