Liverpool Leburkan Rekod 86 Perlawanan Chelsea

Filed under: Liga England by: KakiBangku

Akhirnya rekod 86 perlawanan tanpa kalah Chelsea di Stamford Bridge lebur di tangan Liverpool. Gol dari Xabi Alonso pada separuh masa pertama ternyata membawa sejarah apabila memusnahkan rekod tanpa kalah Chelsea di tempat sendiri selama 4 tahun 8 bulan. Satu rekod yang sangat mengkagumkan.

Berbeza dengan perlawanan Manchester United menentang Chelsea yang berakhir dengan keputusan seri, Liverpool yang mendahului tidak hanya bertahan pada separuh masa kedua.

Diketuai dengan Steven Gerrard, The Reds berusaha keras untuk tidak mengulangi kesilapan Manchester United yang bertahan sepnuhnya dengan cuba mencari gol kedua. Tidak seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini yang dipenuhi dengan kebosanan, kali ini kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan menyerang yang menarik.

Dengan kemenangan ini, Liverpool kini mengungguli tangga teratas Liga Perdana England dengan kelebihan 3 mata ke atas Chelsea. Yang lebih mengejutkan tangga ketiga liga diduduki oleh Hull City, pasukan yang baru menjejakkan kaki ke English Premier League musim ini.

Adakah dengan kemenangan ini akan membuka peluang kepada Liverpool untuk menamatkan kemarau kejuaraan liga? Adakah musim ini sememangnya akan menjadi musim Liverpool seperti yang sering dicanangkan oleh peminat-peminat The Reds?

Apa pendapat anda selaku peminat bola sepak? Buat penyokong Liverpool, kami ucapkan tahniah atas kemenangan ini. Namun perlu diingatkan masih banyak baki perlawanan sebelum kejuaraan liga dapat ditentukan. Semoga pertarungan merebut kejuaraan berprestij pada musim ini lebih menarik dan lebih debaran dari musim-musim sebelumnya.

Vietnam Juara, Malaysia Gigit Jari

Filed under: Bola Sepak Malaysia, Profile Pemain by: KakiBangku

Keputusan terakhir final/perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka 2008, Vietnam menang penalti (6-5) ke atas Malaysia. Vietnam menjadi juara dan Malaysia gigit jari gagal mempertahankan kejuaraan kali ini. Anda boleh membaca maklumat minit ke minit pada artikel sebelum ini.

Walaupun menguasai hampir keseluruhan permainan, Malaysia gagal menembusi benteng pertahanan Vietnam dan akhirnya terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara. Kegagalan Zamani Misbah menyudahkan sepakan penalti menyebabkan Malaysia gigit jari pada perlawanan akhir ini.

FINAL RESULT OF FINAL PESTA BOLA MERDEKA 2008 BETWEEN MALAYSIA VS VIETNAM

Malaysia (5) vs Vietnam(6) – Penalty Shoot out after draw without goal in normal and extra time

Apa pendapat anda dengan kekalahan ini? Jom bincang sama-sama di sini.

Keputusan Terkini Final Pesta Bola Merdeka 2008 Malaysia vs Vietnam

Filed under: Bola Sepak Malaysia, Profile Pemain by: KakiBangku

KEPUTUSAN AKHIR/FINAL/TERKINI/LATEST RESULT PERLAWANAN AKHIR FINAL PESTA BOLA MERDEKA 2008

Malaysia kalah penalti 5-6 ke atas Vietnam.

VIETNAM JUARA MALAYSIA NAIB JUARA.

SEPAKAN PENALTI ANTARA MALAYSIA VS VIETNAM

Malaysia

  • Penalti 1 – indra putra (MASUK)
  • Penalti 2 – safee sali (MASUK)
  • Penalti 3 – aidil zakuan (MASUK)
  • Penalti 4 – ashari (MASUK)
  • Penalti 5 – daud su (masuk, cip lagi)
  • penalti 6 – zamani misbah (TAK MASUK)

Vietnam

  • Penalti 1 – MASUK
  • Penalti 2 – MASUK
  • Penalti 3 – MASUK
  • Penalti 4 – MASUK
  • Penalti 5 – masuk
  • penalti 6 – masuk

Untuk update minute ke minute sebelum sepakan penalti ini, sila baca artikel ini sepenuhnya. Tahniah kepada Vietnam dan nampaknya Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Piala Pesta Bola Merdeka 2008 tahun ini.

Apa komen-komen dari peminat bola sepak Malaysia dengan kekalahan ini?

Read more…

100 Gol Buat Wayne Rooney Di Everton?

Filed under: Liga England by: KakiBangku

99 gol. Angka keramat buat pemain English Premier League yang sedang “top form” buat masa ini, Wayne Rooney. Hanya 1 biji gol lagi yang akan mencukupkan koleksi 100 gol peribadi buat pemain berusia 23 tahun ini.

Tambah menarik apabila minggu ini Manchester United akan bertandang ke kelab lama Rooney, Everton Football Club. Pertama kali Rooney menjaringkan gol peribadinya ialah buat Everton semasa menentang Arsenal.

Read more…

Malaysia vs Vietnam Final Pesta Bola Merdeka 2008

Filed under: Bola Sepak Malaysia by: KakiBangku

Logo FAM vs

Kemenangan Malaysia ke atas Myanmar dengan 4 gol berbalas 0 dalam aksi separuh akhir Pesta Bola Merdeka 2008 menyaksikan pasukan bola sepak kebangsaan akan berentap dengan Vietnam di perlawanan akhir pertandingan ini.

Sebelum kemenangan Malaysia, Vietnam terlebih dahulu menempak tiket ke final Pesta Bola Merdeka dengan menumpaskan Sierra Leone dalam sepakan penalti selepas keputusan terikat 2-2.Perlawanan akhir ini akan berlangsung pada 25 Oktober 2008 bersamaan dengan hari Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Atas kertas, pasukan bola sepak Malaysia nampak tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan piala Pesta Bola Merdeka. Jika Vietnam terpaksa berhempas pulas menewaskan Sierra Leone yang dibelasah 4-0 oleh Malaysia dalam perlawanan peringkat kumpulan, adakahVietnam pula akan menjadi mangsa bahaman pasukan Harimau Malaya di final kelak?

Read more…

Keputusan Terkini Malaysia vs Myanmar

Filed under: Bola Sepak Malaysia by: KakiBangku

Malam ini pasukan kebangsaan Malaysia akan menentang Myanmar dalam perlawanan separuh akhir Pesta Bola Merdeka 2008. Adakah skuad Harimau Malaya akan mampu meneruskan rekod cemerlang dalam peringkat kumpulan untuk layak ke akhir. Untuk keputusan terkini perlawanan separuh akhir antara Malaysia vs Myanmar, pastikan anda mengikuti BorakBola.Net.

Kami akan memastikan anda mendapat maklumat terkini perlawanan separuh akhir Pesta Bola Merdeka 2008 ini di antara Malaysia dan Myanmar dari Stadium Bukit Jalil.

Latest Result @ Keputusan Terkini Separuh Akhir @ Semi Final Malaysia vs Myanmar Pesta Bola Merdeka 2008

Keputusan Penuh Malaysia vs Myanmar

Malaysia (4) vs Myanmar(0). Senarai penjaring ialah:-

  • Indra Putra(penalti 75′,27′)
  • Amirul Hadi (82′)
  • Safee Sali (61′)

RTM telah menyiarkan higlight game ini pada jam 12 tengah malam tadi.

David Beckham Ke AC Milan?

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

David Beckham dikatakan akan berpindah ke AC Milan secara loan dalam masa terdekat ini. Pemain LA Galaxy ini terpaksa melakukan demikian akibat sudah berakhirnya liga bola sepak di Amerika Syarikat bulan ini.

Dengan ketiadaan sebarang perlawanan sehingga bulan April ini, David Beckham terdesak untuk memastikan staminanya kekal. Sebab utamanya tidak lain tidak bukan untuk memastikan namanya terus tersenarai di dalam skuad kebangsaan England.

Kenyataan Fabio Capello yang menyebut hanya pemain-pemain yang beraksi untuk kelab masing-masing pada setiap minggu bakal dipanggil menyertai skuad England ke perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 membuatkan Beckham gementar.

Tanpa sebarang perlawanan sehingga April, langkah yang terbaik ialah menyertai mana-mana kelab Eropah yang sudi menerima dirinya. Ternyata kelab AC Milan yang kini dipenuhi dengan kuda-kuda tua masih sudi menerima kudrat tua David Beckham. Walaupun sudah dimakan usia, kaki kanan Beckham masih berbisa terutama semasa tendangan sudut, tendangan bebas dan crossing yang masih tepat dan pantas.

Mampukah Beckham mendapat tempat kesebelasan utama di AC Milan? Adakah perpindahan ini hanya merupakan satu teknik promosi buat dirinya? Yang pastinya AC Milan kini akan bertambah seorang lagi pemain tua. Kita tunggu dan lihat sama ada Beckham akan berjaya menempah namanya di Itali pula sesudah beraksi dengan jayanya di England (Manchester United) dan Spain (Real Madrid).