Selamat Hari Raya Dari BorakBola

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku
Happy Eidulfitri

Happy Eidulfitri

BorakBola.Net- Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Berhati-hati semasa perjalanan pulang ke kampung. Ampun maaf dipinta jika ada terkasar tulisan kepada semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri sekali lagi.

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Arsenal Kecundang Di Tangan Hull City

Filed under: Liga England by: KakiBangku

Mengejutkan.

Terkesima juga diri ini apabila sedar-sedar dari tidur semasa sedang menonton Arsenal menentang Hull City kedudukan sedang seri 1-1.

Ah, lepas ini mesti Arsenal leading balik, fikir hatiku sambil melelapkan mata sekali lagi.

Bangun sekali lagi, makin terkejut apabila Arsenal sedang ketinggalan 2-1. Terus segar kedua-dua biji mata ini. Akhirnya Arsenal tewas kepada pasukan baru Hull City di Emirates Stadium.

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Zakumi, Maskot Piala Dunia 2010

Filed under: World Cup 2010 by: KakiBangku
World Cup 2010 Mascot

World Cup 2010 Mascot

Hi semua ~~ Nama saya Zakumi.

Sayalah maskot untuk Piala Dunia 2010 nanti di Afrika Selatan.

Walaupun saya seekor harimau belang(leopard), jangan risau saya tak makan orang.

Comel tak saya? Comelkan? Kan? Kan?

Kalau nak tengok aksi saya, bolehlah lihat video di bawah ini. Baca seterusnya ya ~~

Zakumi di sini untuk anda ~~

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Kemelut FAM Tak Sudah-Sudah

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku
Dato' Azzudin Ahmad, Setiausaha FAM

Dato Azzudin Ahmad

Kerusi Setiausaha Malaysia Football Association (FAM) sememangnya panas. Kalau silap duduk, boleh melecur punggung dibuatnya. Mungkin ini yang dirasakan oleh Dato’ Azzudin Ahmad, Setiausaha FAM sekarang semenjak dua menjak ini.

Ditegur secara terbuka oleh Presiden FAM ini mengenai kegagalannya untuk bersikap terbuka dengan persatuan bola sepak negeri, Dato’ Azzudin yang baru setahun memegang jawatan ini ternyata tertekan. Teguran keras ini perlu dilihat sebagai satu peringatan atau amaran kepada dirinya supaya meningkatkan lagi prestasi kerjanya.

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Kesimpulan Chelsea Vs Man United

Filed under: Liga England by: KakiBangku

Berakhirlah sudah pertarungan besar antara Chelsea dan Manchester United di Stadium Stamford Bridge Ahad yang lepas. Keputusan seri 1-1 hasil jaring Park Ji Sung dan Salamoun Kaiou menyaksikan kedua-dua pasukan ini berkongsi mata.

Sementara itu Arsenal berjaya memegang puncak liga buat masa ini dengan kemenangan 3-1 ke atas Bolton. Namun sayangnya Liverpool gagal menembusi benteng pertahanan Stoke City yang menyaksikan tiada sebarang gol disumbatkan dalam perlawanan tersebut.

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat dalam perlawanan antara Chelsea dan Manchester United kali ini? Antara kesimpulan yang mampu saya lakukan ialah:-

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Minggu Penting Buat Big Four

Filed under: Liga England by: KakiBangku

Minggu ini bakal menyaksikan perlawanan penting buat “Big Four English Premier League” iaitu Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Manchester United. Lawan masing-masing bagi kelab-kelab ini ialah:-

Sabtu September 20 2008

Liverpool (Home) vs Stoke (Away)              Stadium Anfield

Bolton (Home) vs Arsenal (Away)               Stadium Reebok

Ahad September 21 2008

Chelsea (Home) vs Manchester United      Stadium Stamford Bridge

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Selamat Tinggal Pemain Import

Filed under: Bola Sepak Malaysia by: KakiBangku
Malaysia Football Once Upon A Time

Malaysia Football Once Upon A Time

Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) sekali lagi membuat kejutan kepada semua peminat bola sepak tanah air. Tiada lagi kelibat pemain import buat musim hadapan di kesemua liga-liga Malaysia. Tiada lagi kelibat pemain-pemain berkulit lebih hitam dari pemain kita di atas padang kali ini.

Tambah kecoh apabila sebenarnya keputusan FAM ini diambil tanpa mengira pandangan dan cadangan dari persatuan bola sepak negeri. Sememangnya FAM adalah induk organisasi bola sepak Malaysia, tetapi sekurang-kurangnya keputusan sebesar ini haruslah dibawa berbincang bersama persatuan-persatuan yang berkaitan.

Yang tambah sedihnya, Kedah dan Perak yang baru-baru ini telah layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia dibelasah teruk oleh lawan masing-masing(Kedah dibelasah 5-0 di gelanggang lawan manakala Perak dibenam 2-0 di tempat sendiri). Sekiranya khidmat pemain import masih tidak ditamatkan semasa perlawanan ini berlangsung, saya yakin nasib Kedah dan Perak tidaklah seteruk sekarang.

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)