29
Filed under:
Artikel Pilihan by:
KakiBangku

Jose Mourinho, bekas jurulatih Chelsea dilihat telah berada di bandar Milan baru-baru ini. Adakah “The Special One” ini akan kembali berentap semula di medan pengurusan bola sepak?
Dikatakan yang Mourinho berada di situ untuk membincangkan kontrak pengurusan dengan pihak Inter Milan. Pengurus Inter Milan sekarang ialah Roberto Mancini yang telah meletakkan jawatan selepas kekalahan kepada Liverpool dalam Champions League tetapi menarik semua perletakan jawatan itu sehari selepasnya.
Read more…
25
Filed under:
Liga England by:
KakiBangku

Kemenangan 3-0 Manchester United ke atas ‘rival’ utama mereka Liverpool dibayangi dengan insiden penuh emosi pemain tengah Liverpool, Javier Mascherano. Dia dibuang padang selepas menerima kad kuning keduanya.
Menerima kad kuning pertama, Mascherano tidak dapat memahami dan hampir-hampir membelasah pengadil(kalau tengok dari riak muka) apabila mempersoalkan kenapa Fernando Torres menerima kad kuning kepada Steve Bennet. Secara ikhlasnya, saya pun tak faham kenapa pengadil nak bagi kad kuning kepada Torres. Macam tak ada reason.
Read more…
21
Filed under:
Liga England by:
KakiBangku

Ahad ini English Premier League bakal menyaksikan pertembungan “Big Four” iaitu Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Manchester United. Lebih dikenali sebagai “Super Sunday”, pertarungan ini bakal menyaksikan kelab manakah yang akan terkeluar dari perjuangan merebut kejuaraan liga English Premier League.
Arsenal Football Club bakal bertandang ke Stamford Bridge untuk cuba menghancurkan badi seri dalam 4 perlawanan sebelum ini. Suatu masa dahulu, The Gunners mendahului Manchester United dengan 5 mata tetapi kini Arsenal pula yang ketinggalan 3 mata di belakang. Chelsea pastinya akan cuba bangkit selepas terlepas peluang memintas Arsenal apabila seri 4-4 dengan Totenham Football Club.
Read more…
20
Filed under:
Liga England by:
KakiBangku

Manchester United has moved 3 points clear up from Arsenal Football Club by winning against Bolton Wanderers with 2 goals against nothing. Both goal is scored by Cristiano Ronaldo, The Red Devils winger.
Cristiano Ronaldo has now scored 33 goals for this season. With that, he has broke the record of goals in a season by Manchester United player once set by George Best. George Best scored 32 goals to make him the top scorer for Old Trafford player. One of Cristiano Ronaldo goal is a beautiful taken freekick that dripping down just before the goalkeeper.
With Chelsea Football Club drawing 4-4 with Totenham, could this season be Manchester United season once again? 8 more games to go to know the result. Stay tuned with BorakBola.Net for more updates on English Premier League games.
Here is a video of both Cristiano Ronaldo goals against Bolton and some actions in the first half played on Old Trafford.
20
Filed under:
Artikel Pilihan by:
KakiBangku

Today is a fun day. While waiting for result between Manchester United and Bolton and Chelsea against Totenham, I present you some footballer lookalikes pictures just for fun. Enjoy and have a good laugh.
Wes Brown and Agent from Hitman The Movie

Gary Neville and Peter Petrelli from Heroes Series

Cesc Fabregas and Sylar from Heroes Series

John Terry and alien from Star Wars The Movie

David Beckham and Silver Surfer

For more lookalikes, you can visit Football365 Lookalikes page.
18
Filed under:
Artikel Pilihan by:
KakiBangku
17
Filed under:
Liga England by:
KakiBangku

Minggu ini menyaksikan kejatuhan Arsenal dari takhta Liga Perdana England. Jeremie Aliadiere menjadi pemusnah harapan kelab lamanya apabila menjaringkan gol pembukaan buat Middlesbrough. Keputusan seri 1-1 buat The Gunners menyebabkan Manchester United memotong kedudukan Arsenal dengan perbezaan jaringan gol.
Derby County hampir-hampir menunjukkan keajaiban apabila berjaya mengekang jentera serangan Manchester United hingga minit ke 76. Namun begitu sekali lagi Cristiano Ronaldo menjadi penyelamat buat The Reds Devil dengan jaringan gol peribadi yang 31. Persembahan Ryan Giggs dalam perlawanan ini menjadi bahan kutukan peminat Manchester United. Dengan hantaran yang seringkali gagal dan tidak mampu mengelecek pertahanan lawan, Giggs kini menjadi liabiliti buat pasukan Old Trafford.
Sementara itu Chelsea Football Club mengekori rapat Manchester United dan Arsenal apabila berjaya menewaskan Sunderland di Stadium Of Lights. Kekurangan satu perlawanan dari Arsenal, kini Chelsea hanya ketinggalan 3 mata dari Arsenal dan Manchester United. Kali ini John Terry berjaya menjaringkan gol pertamanya semenjak Ogos 2006 sekaligus memberikan peluang buat Chelsea memenangi liga musim ini.
Fernando Torres terus menyerlahkan bakatnya apabila sekali lagi tersenarai dalam nama penjaring dalam perlawanan menentang Reading minggu ini. Dengan kekalahan Everton menentang Fulham, kini tempat terakhir ke Champions League hampir pasti menjadi milik The Reds. Ketinggalan 8 mata dari pendahulu liga dengan hanya baki 8 perlawanan, peminat Liverpool sekali lagi terpaksa berputih mata untuk sekurang-kurangnya memberi cabaran untuk kejuaraan liga.
Sementara itu dalam perlawanan antara 2 pengurus baru iaitu Sven Goran Erikson dan Juande Ramos, bekas pengurus England membuktikan yang dia lebih berpengalaman dari pengurus baru Totenham. Kemenangan 2-1 Manchester City ke atas Totenham di tempat sendiri sekurang-kurangnya akan memberi semangat buat pemain-pemain untuk sekurang-kurangnya mengejar tempat ke UEFA Cup musim depan.
Dengan hanya baki 8 perlawanan untuk mengakhiri musim ini, nampaknya kejuaraan liga hanya dapat ditentukan sehingga perlawanan terakhir. Siapakah yang akan berjaya merangkul kejuaraan idaman setiap pemain dan pengurus ini? Mampukah Arsenal bangkit untuk mencari kembali jalan kemenangan? Adakah Chelsea mampu membuat kejutan di saat-saat akhir?
Sama-samalah kita saksikan bersama-sama di BorakBola.Net – Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda.