Kanoute, Contoh Pemain Islam Terbaik

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

kanoute.jpg

Kanoute dikatakan telah mengeluarkan wang sebanyak 510,860 euros untuk menyelamatkan satu-satunya masjid di Sevilla. Masjid tersebut dikatakan terpaksa dijual apabila kontrak dengan persatuan Islam tempatan di Sevilla tamat. Namun begitu, Kanoute telah membuat satu langkah yang mengkagumkan dengan membeli terus masjid tersebut daripada majlis daerah Sevilla.

Yang lebih mengkagumkan ialah apabila diminta membuat komen mengenai hal ini, Kanoute tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengiakan pembelian masjid tersebut. Ternyata Kanoute mengamalkan sikap tangan kanan memberi, tangan kiri pun tak tahu. Ternyata sangat berbeza dengan perangai pemain bola sepak negara lain yang kecoh satu kampung sedangkan buat kerja amalnya seciput sahaja.

Untuk pengetahuan anda, Kanoute telah memeluk Islam 10 tahun yang lepas. Semasa bulan Ramadhan yang lepas, ramai penyokong-penyokong Liga Sepanyol kagum dengan kehebatan Kanoute yang beraksi gagah sambil berpuasa. Malah pada musim yang lalu, Kanoute telah berjaya menjaringkan 20 gol. Ternyata puasa bukanlah satu halangan buat pemain Sevilla ini.

Dikatakan juga yang Kanoute tidak pernah mengabaikan sembahyangnya. Dia dilihat sering bersembahyang walaupun di bilik persalinan sebelum atau selepas sebuah perlawanan. Malah pernah timbul kekecohan apabila Kanoute tidak mahu memakai jersi Sevilla kerana mempunyai sponsor syarikat perjudian pada baju tersebut.

Siapakah lagi pemain bola sepak yang beragama Islam? Yang saya tahu antaranya ialah Zidane, Kolo Toure dan Nicolas Anelka. Jom kongsi bersama-sama di BorakBola.Net – Blog Bola Sepak Malaysia Anda.

P/S: Yang beragama Islam di Malaysia tue tak payah pun takperlah kot. Bukannya mengamalkan gaya hidup Islam pun diorang tue.

Be a Gooner, Be A Giver

Filed under: Liga England by: Tristan

Sebuah video pendek yang menyentuh hati yang dilakukan oleh Arsenal Football Club and their associates.

http://youtube.com/watch?v=yMSR83KsCS0

Kenangan Bola Sepak 2007

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

malaysia premiere football blog @ blog bola sepak

Ketibaan 2008 sudah tentu dinantikan oleh peminat bola sepak dengan adanya Euro 2008 untuk sajian kita bersama. Tidak salah rasanya untuk kita bersama-sama mengimbau kembali 10 peristiwa atau memori penting yang telah berlaku sepanjang 2007 di dalam dunia bola sepak. Khas untuk peminat bola sepak terutamanya yang datang dari Malaysia, jom kita lihat apa yang telah terjadi pada tahun 2007.

1. Kegagalan England Layak Ke Euro 2008

Secara jujurnya, ini adalah wajar dikatakan sebagai peristiwa paling pahit buat penyokong setia bola sepak England. Kegagalan ini bukan sahaja memburukkan reputasi skuad England, tetapi juga memberikan kesan dari segi ekonomi. England dikatakan kehilangan sumber ekonomi bernilai 1 billion pound akibat tidak layak ke Euro 2008.

2. Kehebatan Kaka

Tahun 2007 ternyata milik pemain ini. Sudahlah memiliki isteri yang lawa, Kaka telah membolot hampir kesemua anugerah yang ada untuk pemain bola sepak buat tahun 2007. Tidak keterlaluan dikatakan tahun 2007 adalah tahun paling istimewa buat pemain yang baru berusia 24 tahun ini.

3. Pemecatan Jose Mourinho

Walaupun masih ramai pengurus-pengurus yang dipecat, namun pemecatan Mourinho ternyata memberikan impak yang kuat. Bukan sahaja pemain Chelsea yang kecewa dengan pemergian Jose, pihak media juga melahirkan rasa kesal mereka kerana Mourinho sering memberikan pihak media sesi temuramah yang menarik.

4. Perlantikan Fabio Capello

Dengan Steve Mclaren dipecat akibat kegagalan membawa England ke Euro 2008, kerusi panas tersebut telah diisi oleh pengurus berwibawa ini. Pelbagai reaksi timbul akibat perlantikan ini tetapi Capello dilihat sebagai orang yang berkemungkinan besar membawa England kembali ke zaman kegemilangan mereka.

5. Trip Manchester United Dibatalkan Ke Malaysia

Yang ini khas buat peminat bola sepak Malaysia. Ramai yang tidak sabar-sabar menantikan kelibat Cristiano Ronaldo, Rooney dan Nani beraksi di Malaysia semasa The Reds Devil mengumumkan yang mereka akan perlawanan persahabatan di Malaysia. Namun begitu akibat kekecohan yang timbul dengan AFC, trip ini dibatalkan dan ramailah peminat-peminat setia Manchester United yang kering air mata.

6. Kekecohan Buat Malaysia Football Association (FAM)

Akibat siri kegagalan skuad Harimau Malaya, pelbagai kutukan dan cacian telah dilemparkan kepada FAM. Desakan dari mereka yang masih sayang kepada bola sepak Malaysia di suratkhabar-suratkhabar utama menyaksikan akhirnya perletakan jawatan beberapa orang penting di FAM.

7. Pemindahan Fernando Torres Ke Liverpool

Apabila terbukanya ‘transfer window’ pada Ogos 2007, Liverpool telah berjaya membuat pembelian terhebat buat tahun 2007 dengan membawa Torres ke Anfield. Pemain berusia 24 tahun ini berjaya membuktikan kehebatannya dengan menjaringkan 15 gol dalam 18 perlawanan buat The Reds.

8. Lahirnya BorakBola.Net

2007 merupakan tahun istimewa buat peminat bola sepak Malaysia dengan kewujudan BorakBola.Net – blog bola sepak Malaysia yang pertama. Kekurangan blog dalam Bahasa Malaysia yang membincangkan isu bola sepak memberikan idea untuk penubuhan blog ini. Semoga dengan wujudnya blog ini, diskusi tentang bola sepak antara peminat bola sepak Malaysia akan lebih meriah.

Preview : Boxing Day’s Match

Filed under: Liga England by: BangkuSimpanan

epl.jpg

Perlawanan hujung minggu yang lalu, kesemua “big four” berjaya memenangi perlawanan masing-masing. Kehangatan Liga England semakin terasa tatkala tubuh badan terasa kesejukkannya dengan menjelang Christmas.Perlawanan di musim perayaan ini dikatakan bakal menentukan pasukan manakah yang mempunyai kekuatan mental dan fizikal akibat beban 4 perlawanan dalam masa 10 hari. Kini BorakBola.Net membawakan anda preview perlawanan English Premier League semasa Boxing’s Day lengkap dengan analisa dan jangkaan keputusan.

CHELSEA V ASTON VILLA

BorakBola.net : Seri

Chelsea sekarang ini mengalami krisis kecederaan GK kerana Petr Cech mengalami kecederaan sewaktu perlawanan dengan Blackburn manakala Cudicini juga tidak dapat diturunkan kerana tercedera ketika latihan. Ini bermakna Avram Grant terpaksa menurunkan Hilario. Drogba dan Terry juga tidak dapat diturunkan kerana cedera.

Aston Villa mungkin dapat menurunkan Petrov setelah Petrov diturunkan sebagai pemain gantian ketika perlawanan dengan Man. City. Sebelum ini Petrov cedera hamstring dan tidak bermain sebanyak 2 perlawanan.

TOTTENHAM V FULHAM

BorakBola.net : Tottenham Menang

Tottenham sedang menunggu keputusan ujian kecergasaan untuk Darren Bent, Ricardo Rocha, Michael Dawson dan Jenas untuk perlawanan dengan Fulham. Kecederaan pemain utama lain termasuk Ledley King, Gardner, Gareth Bale, Assou-Ekkoto dan Zokora. Semua pemain ini tidak dapat diturunkan untuk perlawanan menentang Fulham.

Fulham pula tidak dapat lagi untuk menurunkan pemain yang amat berwibawa dan penting iaitu McBride dan Jimmy Bullard atas faktor kecederaan lutut. Manakala pemain pertahanan muda Omozusi tidak dapat dipastikan samada mampu diturunkan ataupun tidak oleh kerana kecederaan kaki.

WEST HAM V READING

BorakBola.net : West Ham Menang

Alan Curbishley memang berharap agar dapat menurunkan James Collinns dan Luis Boa Morte apabila kedua2 pemain ini gagal dalam ujian kecergasaan. Sementara itu Carlton Cole berharap dapat diturunkan untuk berganding dengan Dean Ashton ataupun Camara setelah digantung satu perlawanan kerana mengutip 5 kad kuning. Kecederaan jangka masa panjang yang lain ialah Calum Davenport, Etherington, Bellamy, Anaton Ferdinand, Bowyer, Zamora, Dier dan Julian Faubert. Kesemua pemain ini tidak dapat diturunkan untuk jangka masa yang agak lama.

Gunnarsson mempunyai kemungkinan yang besar untuk diturunkan untuk perlawan menentang West Ham setelah mampu untuk bermain selama 90 minit ketika menentang Sunderland. Steve Coppel tidak mempunyai kecederaan baru untuk pemain Reading. Glen Little dan John Oster masih lagi cedera.

BIRMINGHAM V BORO

BorakBola.net : Birmingham Menang

Birmingham mungkin boleh menarik nafas lega kerana dapat menurunkan Liam Rigdewell setelah digantung untuk satu perlawana selepas mengutip 5 kad kuning. Alex McLesih mungkin akan memanggil semula Forssell untuk berganding dengan Cameron Jerome untuk perlawanan ini.

Seperti biasa, Woodgate mungkin tidak dapat diturunkan kerana Woodgate terpaksa diganti oleh pemain lain dalam 3 perlawanan terbaru ini atas sebab “cramp”. Rochemback boleh diturunkan semula manakala Gary O’Neill , Andrew Taylor, Riggot dan Mido masih tidak dapat diturunkan lagi.

DERBY V LIVERPOOL

BorakBola.net : Liverpool Menang

Paul Jewell mungkin mengalami masalah sakit kepala kerana Jewell tidak dapat menurunkan pemain2 utama untuk perlawanan dengan Liverpool (lawan Liverpool lak tue, mmg abis la Derby ni). Claude Davis, Griffin, Andy Todd, David Jones, dan captain Matt Oakley hampir pasti tidak dapat diturunkan manakala Bywater dan Darren Moore mempunyai peluang yang cerah untuk diturunkan walaupun tidak pasti.

Liverpool tidak mempunyai kecederaan tebaru untuk pemain2. Rafa Benitez telah melakukan sebanyak 223 perubahan dalam pemilihan skuad Liverpool dan melakukan sebanyak 77 pertukaran (substitions) dalam 28 perlawanan. Perkara yang sama juga akan berlaku untuk perlawanan ini dimana Babel, Voronin , Aurelio dan Lucas mungkin akan diturunkan. Pemain muda Jack Hobbs dan Xabi Alonso juga mungkin diturunkan. Ini bermakna Torres, Carragher dan Gerrard mungkin direhatkan dalam perlawanan ini untuk perlawanan menentang Manchester City selepas ini.

EVERTON V BOLTON

BorakBola.net : Everton Menang

Everton berharap agar dapat menurunkan Mikel Arteta yang mengalami sakit (sickness) sebelum menentang Manchester United. Everton akan kehilangan khidmat Leon Osman, Baines dan Stubbs untuk perlawanan menentang Bolton. Tiada kecederaan tebaru dilaporkan.

Skuad Gery Megson ini menunjukkan improvement yang amat baik sekali sejak akhir-akhir ini. McCann dan Jloyd Samuel mungkin dapat diturunkan selepas pulih dari kecederaan dan Nicolas Anelka pula berharap dapat menambah bilangan jaringan beliau yang setakat ini sebanyak 12 gol untuk musim ini.

SUNDERLAND V MANCHESTER UNITED

BorakBola.net : Man. United Menang

Michael Chopra sedang berlawan dengan masa untuk fit supaya dapat bermain untuk perlawanan ini. Liam Miller telah selesai menjalani 3-match ban manakala Nosworthy, Kieran Richardson dan Russel Anderson semakin hampir untuk bermain semula tetapi Carlos Edwards masih belum pulih dari kecederaan patah kaki.

Park Ji Sung mungkin akan diturunkan dalam perlawanan ini setelah tidak bermain dari bulan March akibat pembedahan lutut tetapi kemungkinan besar Ferguson akan meletakkan Ji Sung di bangku simpanan. Ryan Giggs juga mungkin akan direhatkan manakala Van Der Sar, Ferdinand dan Hargreaves pula disahkan fit untuk perlawanan ini. Mungkin Dong Fungzhao boleh diturunkan untuk menggangtikan Rooney(hahaha mmg tak akannyer la.klaka siot nie).

WIGAN V NEWCASTLE

BorakBola.net : Seri

Mario Melchiot boleh diturunkan untuk perlawanan ini dan squad Wigan mendapat berita gembira apabila Heskey disahkan boleh diturunkan untuk perlawanan menentang Newcastle ini manakala Jason Koumas mungkin tidak dapat diturunkan kerana mengalamin kecederaan groin.

Sam Allardyce akan membuat keputusan akhir minit samada untuk menurunkan Michael Owen kerana Owen masih kurang cergas walaupun telah pulih dari kecederaan. Stephen Carr juga mempunyai peluang yang cerah untuk diturunkan manakala Damien Duff and Faye juga boleh diturunkan.

PORSTMOUTH V ARSENAL

BorakBola.net : Seri

Noe Parmarot boleh diturunkan semula walaupun mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Liverpool manakala Linvoy Primus, Martin Cranie dan Sean Davis tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan untuk jangka masa yang amat panjang. Tiada kecederaan terbaru dilaporkan.

Penyerang Arsenal, Theo Walcott masih mempunyai kecederaan lutut dan kemungkinan besar tidak akan diturunkan untuk perlawanan ini. Eboue juga dapat diturunkan selepas mengalami kecederaan ketika menentang Chelsea dan bermain selama 74 minit ketika perlawananan. menentang Tottenham. Robin van Persie tidak diturunkan ketika menentang Spurs dan mungkin tidak akan dipertaruhkan untuk perlawanan ini.

MANCHESTER CITY V BLACKBURN

BorakBola.net : Seri

Pemain tengah Michael Johnson berkemungkinan besar tidak akan diturunkan untuk perlawanan ini kerana mengalami masalah sakit badan dan kurang cergas. Mpenza dilaporkan tidak turun berlatih tetapi disahkan cergas untuk perlawanan ini. Stephen Ireland juga boleh diturunkan untuk perlawanan ini setelah menjalani gantung 3 perlawanan.

Selamat Hari Krismas kepada Pakcik Santa Cruz. Blackburn akan bermain tanpa Robbie Savage, Stephen Warnock and Keith Treacy kerana semua pemain ini digantung perlawanan. Tetapi Samba akan diturunkan semula setelah menjalani 1-match ban. Santa juga berharap akan mengekalkan ketajaman beliau seperti dalam perlawanan sebelum ini.

Ronaldinho, Magik Yang Hilang

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

Ronaldinho - FC Barcelona Player

Masih segar rasanya di ingatan, satu masa dahulu pemain nombor 10 Barcelona mempersembahkan kehebatannya di atas padang. Dengan teknik kaki bersilang, hantaran kepada Xavi sambil memandang kepada Eto dan jaringan gol ajaib dari tendangan percuma, Ronaldinho suatu masa dahulu pernah digelar Tuhan kepada bandar Barcelona. (Baca artikel selengkapnya untuk melihat video Ronaldinho beraksi) Read more…

Rahsia Kehebatan Kaka

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

Mendengar nama Kaka akan membuatkan semua pemain lawan gerun. Peminat-peminat bola sepak sedunia pula sentiasa terpegun dengan kehebatannya. Aksi mengeleceknya, hantarannya dan rembatannya sememangnya mengkagumkan semua pihak.Dinobatkan sebagai Fifa World Player baru-baru ini, Kaka telah membolot kesemua anugerah terhebat yang mampu dimiliki oleh seorang pemain bola sepak. Namun pernahkan kita terfikir apakah sebenarnya rahsia kehebatan Kaka di atas padang?

Hasil kajian selidik yang mendalam, kini BorakBola.Net dengan bangganya ingin berkongsi rahsia kejaguhan Kaka.

Rahsia kehebatan Kaka tidak lain tidak bukan ialah:-

kaka girlfriend - carolino

kakagf3.jpg

kakagf2.jpg

Isterinya Carolino. Gile bapak cun. Memalam Kaka telan makjun. Itu yang power dalam padang.

Profile : Oliveira Anderson

Filed under: Liga England, Profile Pemain by: KakiBangku

Oliveira Anderson - The New Midfield Marshall

Jangan percaya jika member anda sembang lebat mengatakan yang dia sebenarnya sudah lama mengetahui mengenai kehebatan pemain terbaru Manchester United ini. Pembelian terbaru oleh Sir Alex Ferguson dari kelab FC Porto merupakan salah satu pembelian yang dilakukan secara senyap-senyap. Kebanyakan peminat bola sepak dunia tidak langsung mengenali Anderson sebelum namanya diumumkan sebagai pemain Manchester United.

Akibat terpegun dengan kehebatannya mengemudi jentera tengah The Reds Devils dalam perlawanan menentang Liverpool baru-baru ini, BorakBola.Net berusaha keras untuk memprofilekan pemain ‘wonderkid’ ini.

Read more…