Profile: Steed Malbranque

Filed under: Liga England, Profile Pemain by: Tristan

Di dalam Liga Perdana Inggeris, ramai pemain punya kebolehan dan teknik mengawal bola yang mampu mencuri tumpuan semua orang. Akan tetapi di antara mereka siapa yang punya teknik terbaik? Sebagai peminat Arsenal, Tristan ingin mencalonkan Aliaksandr Hleb untuk anugerah ini, tetapi untuk kategori ini, pemenangnya ialah Steed Malbranque, pemain Tottenham Hotspurs.

Di dalam padang, anda pasti akan dapat mengenali Malbranque dengan sekilas pandang. Dengan jersi yang tak pernah tight-in, ia menjadikan Malbranque nampak pendek dan ala-ala rapper dengan baju yang nampak besar. Selain itu dalam permainan juga Malbranque selalu menggunakan teknik-teknik yang fancy yang mampu membuat penonton melonjak dari tempat duduk. Salah seorang peminat setia Malbranque ialah bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair.

Read more…

Everton, Mengganas Dalam Diam

Filed under: Liga England by: KakiBangku

Kemenangan 7-1 ke atas Sunderland baru-baru ini berjaya membawa Everton ke tangga 8 di dalam Liga Perdana England. Sebenarnya boleh dikatakan bahawa Everton adalah di antara pasukan yang kurang popular di kalangan peminat bola sepak Malaysia. Bukan itu sahaja, hampir tiada berita sensasi mengenai pemain-pemain Everton yang menguasi ruang tabloid England. Hanya kadang-kala berita mengenai kelantangan pengurus pasukan Everton, David Moyes yang mengisi ruang belakang akhbar-akhbar di sana.

Namun tidak boleh dinafikan yang sebenarnya Everton merupakan pasukan yang diam-diam berisi. Pernah mencatat kedudukan tertinggi iaitu di tangga ke 5 Liga Perdana England untuk 2 musim sebelum ini, tidak mustahil untuk dijangkakan yang Everton merupakan salah satu pasukan yang mampu membolosi dominasi Arsenal, Manchester United, Liverpool dan Chelsea. Ada beberapa faktor kebangkitan pasukan ini sebenarnya yang telah dikaji oleh penulis.

Read more…

Arsenal’s Crossbar Challenge

Filed under: Liga England by: Tristan

Video satu team Arsenal cuba untuk sepak bola kena kat tiang atas gol. Ronaldinho kalau berani pergi try la.

http://www.youtube.com/watch?v=N6O9aa5lQMs

Bila agaknya Man Utd nak buat Crossbar Challenge? Tapi kalau tengok game masa lawan Sporting Lisbon hari tu, rasanya Diving Challenge merupakan aktiviti masa lapang yang paling sesuai untuk Man Utd. Kalau saudara P**** (bukan nama sebenar) join sekali pun agaknya tak menjadi masalah. Boleh ajar Evra cara dive yang betul dan realistik

Diari Seorang Pemain Bola Sepak II

Filed under: Bola Sepak Malaysia by: KakiBangku

BorakBola.Net dengan kerjasama seorang pemain bola sepak tempatan(nama terpaksa dirahsiakan demi langkah keselamatan) telah berjaya mendapatkan diari kehidupan seorang pemain bola di negara kita, Malaysia. BorakBola.Net akan mengemaskini diari pemain bola ini setiap hari untuk minggu ini. Mari kita dengar isi hati seorang pemain bola sepak tanah air kita untuk hari Selasa.

Read more…

10 Permata Masa Depan

Filed under: Liga England, Liga Itali, Profile Pemain by: BangkuSimpanan

Baru-baru ini penulis ader terbaca dalam majalah sepak mengenai 50 pemain muda yang akan menyinar dalam kancah bola sepak pada masa hadapan. Penulis mencari-cari nama pemain muda bola sepak Malaysia, tapi gagal untuk menemuinya. Haha memang takkan adenyer la pemain Malaysia dalam senarai tersebut. Rata-rata pemain yang tersenarai adalah dari negara Argentina dan Brazil. Hari ini penulis mahu menulis mengenai 10 pemain sahaja. Yang baki tue, kalau penulis rajin, akan disambung nanti. Mari kita lihat sepuluh pemain muda yang akan menyinar pada masa akan datang. Jom….

Read more…

Profile : Mokhtar Dahari

Filed under: Bola Sepak Malaysia, Profile Pemain by: KakiBangku

Setelah disajikan dengan profile pemain dari Liga England, kini tibalah masanya BorakBola.Net untuk menghidangkan profile salah seorang pemain lagenda Malaysia iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari. Tidak sah dikatakan peminat bola sepak tanah air jika sekurang-kurangnya anda tidak mengenali pemain hebat ini. Mari kita kenali dengan lebih rapat pemain yang pernah digeruni di rantau Asia satu ketika dahulu ini. Kredit untuk HarimauMalaya atas informasi mengenai pemain ini.

Read more…

Rafa Benitez Dipecat!!!

Filed under: Liga England by: KakiBangku

rafabenitez

Jangan terkejut jika pembaca akan melihat tajuk di atas memenuhi dunia bola sepak tidak lama lagi. Masa untuk Rafa Benitez untuk terus berkhidmat di Liverpool nampaknya sudah semakin singkat akibat keterbukaan Benitez mengutuk pemilik Liverpool iaitu Tom Hicks dan George Gillets.

Semuanya bermula apabila Benitez menyatakan yang Tom dan George tidak memahami bagaimana sistem pemindahan pemain di bulan Januari ini berfungsi. Benitez secara terang-terangan melahirkan kekecewaannya terhadap reaksi lambat pemilik Liverpool ini apabila diajak berbincang mengenai ‘potential transfer target’ untuk memantapkan lagi pasukan Liverpool.

Benitez yang mengharapkan sokongan padu terutamanya dari segi kewangan daripada Tom dan George dikecewakan apabila kenyataan balas daripada kedua-dua mereka ini seolah-olah menyuruh Benitez menumpukan perhatian kepada perlawanan seterusnya dengan skuad Liverpool yang sedia ada. Malah Tom dan George menyatakan yang mereka hanya akan berbincang mengenai ‘transfer money’ hanya apabila kedua-dua mereka turun ke England pada pertengahan bulan Disember kelak.

Kini dengan api yang semakin membara terutamanya dari pemilik Liverpool sendiri, kelantangan Benitez dilihat telah memakan dirinya sendiri. Dengan adanya ramai pengurus-pengurus yang berkaliber seperti Mourinho, Capello dan Lippi, pemilik Liverpool ini dilihat tidak mempunyai masalah untuk mencari pengganti yang sesuai sekiranya Benitez dipecat kelak.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat sandiwara bola sepak England yang kian hari kian menarik.