Real Tidak Mahu Mendapatkan Khidmat Kaka?

Filed under: Uncategorized by: BangkuSimpanan

Kaka Yang KacakSebelum ini, kecoh di akhbar-akhbar utama selama beberapa bulan lepas mengenai Real Madrid untuk mendapatkan khidmat Kaka. Tetapi baru-baru ini, Real Madrid telah mengumumkan pada hari Ahad lepas yang mereka tidak mahu lagi untuk mendapatkan khidmat pemain utama AC Milan, Kaka. Presiden Real Madrid, Ramon Calderon, sebelum ini mengatakan bahawa Kaka adalah target utama kelab Real Madrid. Akhirnya mereka terpaksa akur dengan situasi yang amat sukar sekali untuk mendapatkan khidmat Kaka.
Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

La Liga : Penjaring Terbanyak di Spain

Filed under: Liga England by: BangkuSimpanan

Mari kita lihat senarai penjaring terbanyak di Liga Sepanyol setakat ini(31/10/2007).

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Rooney dan Tevez – Penyerang Kenit

Filed under: Liga England by: KakiBangku

Dengan kemenangan 4-1 menentang Middlesbrough baru-baru ini, Manchester United telah berjaya menyamai rekod terdahulu apabila berjaya menjaringkan 4 gol di dalam 4 perlawanan berturut-turut. 16 gol dalam 4 perlawanan merupakan satu angka yang agak menggerunkan pihak lawan, terutamanya bagi pasukan yang akan menentang Manchester United dalam jarak masa terdekat.

Yang ingin diketengahkan di sini ialah gabungan dua penyerang ‘kecil’ mereka iaitu Carlos Tevez dan Wayne Rooney. Dua gabungan yang semakin mantap persefahamannya dari setiap perlawanan ke setiap perlawanan.

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Hala Tuju : Liverpool dalam Liga Juara-Juara

Filed under: Liga England, Liga Juara-Juara by: BangkuSimpanan

Tidak dinafikan Liverpool sekarang ini mempunyai ramai pemain-pemain bintang yang amat terkenal seperti Torres, Alonso, Gerrard , Carragher dan Reina. Pasukan ini amat cemerlang sekali dalam Liga Perdana. Jika kita lihat carta kedudukan Liga Perdana, Liverpool berada ditangga ke-6 dengan 5 kali menang dan 5 kali seri(Liverpool masih kekurangan satu perlawanan). Setakat ini, pasukan ini dan Arsenal tidak pernah tewas dalam perlawanan liga setakat ini. Tetapi apa yang amat merunsingkan penulis, mengapa pasukan ini kelihatan lemah longlai dan tidak bermaya dalam Liga Juara-Juara Eropah?

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Malaysia(0) – Bahrain(0)

Filed under: Bola Sepak Malaysia by: BangkuSimpanan

Malaysia - Ke Mana Kita?Akhirnya harapan kita sekali lagi dihancurkan apabila pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sekadar seri 0-0 dengan Bahrain. Ini bermakna impian negara (yang sememangnya sekadar angan-angan kosong) untuk mencabar tempat ke Piala Dunia 2010 berkecai untuk kali yang keberapa(sudah tak mampu dihitung). Entah di mana silapnya, segala percaturan dan penghitungan tak menjadi. Walaupun diakui sukar untuk menewaskan pihak lawan yang mendahului dengan agregat 4-1, sekurang-kurangnya jika pasukan Malaysia berjaya menjaringkan 1 atau 2 gol di tempat sendiri, ianya sudah boleh dianggap satu pencapaian yang memberangsangkan.

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Steven Gerrard, Si Hipokrit

Filed under: Liga England by: KakiBangku

Ketua pasukan Liverpool, lagenda Liverpool dan penentu tahap sukan bola sepak England yang lebih dikenali dengan nama Steven Gerrard mempunyai ramai peminat yang tak berbelah bahagi sokongan terhadapnya. Sudah tentu anda masih tidak dapat melupakan bagaimana dia membakar semangat Liverpool untuk menjulang Piala Juara-Juara di Istanbul 2 tahun lepas. Dengan semangat tidak mudah mengaku kalah inilah Gerrard telah berjaya memikat ribuan hati peminat bola sepak sedunia.

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: -2 (from 2 votes)

Review Pemindahan Pemain 2007

Filed under: Liga England by: KakiBangku

Dengan hampir 10 perlawanan sudah berlangsung untuk Liga Perdana England atau lebih dikenali dengan nama EPL, sudah boleh dikatakan kita kini mampu untuk menilai pemain-pemain yang baru berpindah ke kelab baru mereka di EPL. Nama-nama besar dan gergasi seperti Fernando Torres, Darrent Bent, dan Florent Malouda yang berhijrah dari kelab lama mereka ke kelab baru masing-masing dengan harga pemindahan berjuta-juta USD sudah pastinya diharap dapat memberikan pulangan yang setimpal.

Di dalam artikel ini saya senaraikan 5 pemain yang baru menyertai EPL dan berjaya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)