100 Gol Buat Wayne Rooney Di Everton?

Filed under: Liga England by: KakiBangku

99 gol. Angka keramat buat pemain English Premier League yang sedang “top form” buat masa ini, Wayne Rooney. Hanya 1 biji gol lagi yang akan mencukupkan koleksi 100 gol peribadi buat pemain berusia 23 tahun ini.

Tambah menarik apabila minggu ini Manchester United akan bertandang ke kelab lama Rooney, Everton Football Club. Pertama kali Rooney menjaringkan gol peribadinya ialah buat Everton semasa menentang Arsenal.

Mungkinkah kali ini Goodison Park sekali lagi akan menjadi saksi jaringan ke 100 buat Rooney? Peratusan untuk hal ini menjadi kenyataan ternyata tinggi kerana kebiasaan bekas pemain-pemain menjaringkan gol semasa bertemu kelab mereka ternyata tinggi.

Sehingga kini, Rooney telah berjaya menjaringkan gol apabila Manchester United bertemu Everton. Jika malam ini Rooney sekali lagi berbuat demikian, maka lengkaplah “hatrick” buat pemain utama England ini.

Bertambah menakjubkan apabila sama seperti tahun lepas, Rooney telah berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol dalam setiap perlawananan di bulan Oktober. Kadang-kala tertanya-tanya apakah yang menyebabkan pemain ini tiba-tiba sahaja kembali menemui sentuhan jaringannya. Apa pendapat anda semua?

Antara perlawanan menarik English Premier League minggu ini ialah pertembungan gergasi antara Chelsea Football Club dan Liverpool Club pada hari Ahad. Pemenang bagi pertarungan Super Sunday ini bakal mengukuhkan kedudukan kelab mereka sebagai pendahulu liga.

Sama-sama kita tunggu dan lihat aksi-aksi menarik English Premier League minggu ini bersama-sama dengan BorakBola.Net- Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda.

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tags: ,

One Response to “100 Gol Buat Wayne Rooney Di Everton?”

  1. Abdullah Ghani Says:

    Bukan 100 gol ,tapi Gol Ke-100….

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply